TAIPING: Mahu berkongsi khasiat yang tinggi yang ada pada haiwan padang pasir dhab, seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
Azhar Mohamad Shafawi, 52, berkata, ladang seluas hampir satu hektar yang terletak di Kamunting, di sini, itu kini menempatkan 180 ekor dhab termasuk yang dibiakkan daripada induk tertua berusia 21 tahun.
Beliau berkata, idea mewujudkan ladang dhab itu tercetus apabila jumlah ternakan yang diusahakan di kediamannya di Kampung Expo, Kamunting semakin meningkat dan ramai individu berminat datang melihat sendiri haiwan itu.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu mula berjinak dalam perniagaan dhab ketika menuntut dalam Ijazah Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir sekitar 90-an dan mula membawa dua ekor dhab ke Malaysia pada 1994 untuk membiayai kos pengajian.
Beliau berkata, ketika itu tiada peruntukan undang-undang yang melarang membawa spesis yang halal dimakan umat Islam itu dari negara luar masuk ke Malaysia.
"Saya berminat dengan perniagaan dhab ini kerana ia jarang didapati dan merupakan haiwan eksotik. Pada masa itu saya belajar cara penjagaan daripada penduduk di sana dan berniaga secara kecil-kecilan sahaja serta menjual produk pati dhab di pasar awam.
"Kini sudah 30 tahun saya mengusahakan ternakan ini dengan kebenaran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) malah menghasilkan pelbagai produk yang mempunyai Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan sijil halal," katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya, di sini.
Dhab dikelaskan dalam keluarga cicak dan ia boleh didapati Asia Barat termasuk Mesir, Libya, Palestin dan lain-lain. Ia sering duduk di kawasan kering dan berbatu.
Dhab yang membiak secara bertelur, mempunyai kulit bersisik tebal merupakan sejenis haiwan herbivor iaitu memakan sayur-sayuran serta kekacang sebagai sumber protein.
Bercerita lanjut, Azhar mengambil keputusan berhenti menjadi guru Bahasa Arab pada 2001 kerana mahu fokus dalam ternakan dhab yang memerlukan penjagaan teliti termasuk proses penetasan telur selain dapat memberi pendapatan agak lumayan.
Beliau berkata, pelbagai faktor perlu diambil perhatian bagi memastikan haiwan itu mampu bertahan di kawasan lembab seperti Taiping antaranya reka bentuk kandang yang terdedah kepada cahaya matahari dan atap yang telus supaya suhu kekal panas.
"Walaupun dhab halal dimakan saya tidak menjual daging dhab untuk dimakan kerana haiwan itu lambat membesar dengan iklim di Malaysia, justeru hanya mengeluarkan ubat dan produk berbentuk kopi, kapsul, minyak urut dan sebagainya daripada pati dhab yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan termasuk dapat melancarkan perjalanan darah.
"Dhab boleh diproses apabila sudah berusia dua tahun, ia akan disembelih dan dilapah dagingnya untuk dimasak dalam minyak bagi menghasilkan produk seperti minyak urut, manakala produk kering seperti kapsul dan serbuk kopi campuran dengan dikeringkan di dalam ketuhar," katanya.
Azhar berkata, bagi memastikan dhab ternakannya yang dipercayai mampu hidup sehingga 150 tahun diberi makanan yang memerlukan kos agak tinggi seperti sayuran, bunga raya, malberi, tulang sotong dan kacang dal merah.
Orang ramai yang datang boleh melawat sebanyak 44 kandang yang tersedia di sini secara percuma bermula 9 pagi hingga 4 petang setiap hari dan menyentuh dhab yang terdapat di situ atau melayari laman sesawang www.dhabsina.com.my untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Azhar berkata, ladang seluas hampir satu hektar yang terletak di Kamunting kini menempatkan 180 ekor dhab termasuk yang dibiakkan daripada induk tertua berusia 21 tahun. - Gambar Bernama
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.