KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merekodkan peningkatan kutipan zakat lebih RM256 juta tahun lepas berbanding lebih RM228 juta pada tahun 2022.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, kutipan itu terdiri daripada zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat harta dan lain-lain termasuk zakat pertanian, zakat emas dan sebagainya.
"Agihan program Asnaf Fakir dan Miskin telah mencatat pecahan terbesar dalam program agihan zakat apabila sejumlah lebih RM97 juta diagihkan pada tahun lalu seperti bantuan tetap bulanan, bantuan am yang diberikan secara sekali setahun dan bantuan rumah kediaman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Khas Kutipan dan Agihan MAIK Bagi Tahun 2023, di sini, pada Khamis, yang turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Tengku Mohamad Rizam berkata, MAIK turut membelanjakan lebih RM6 juta kepada asnaf mualaf tahun lepas melibatkan sembilan bentuk program seperti Kelas Bimbingan Fardu Ain Mualaf, Bantuan Program Dakwah Mualaf, Elaun Guru Agama Orang Asli dan Bantuan Keraian kepada Mualaf.
"Selain itu, program di bawah Asnaf Amil, Al-Gharimin, Al-Riqab dan Ibnu Sabil pula mencatatkan nilai lebih RM34 juta pada tahun lalu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merekodkan peningkatan kutipan zakat lebih RM256 juta tahun lepas berbanding lebih RM228 juta pada tahun 2022.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
MTQ Perempuan tingkatkan jumlah huffaz wanita
Pengambilan pertama membabitkan 10 pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraati yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.
MAIK kutip lebih RM256 juta zakat tahun lepas
MAIK rekod peningkatan kutipan zakat lebih RM256 juta tahun lepas berbanding lebih RM228 juta pada tahun 2022.
Aidilfitri: MAIK gesa rakyat jaga kesihatan
Ia berikutan negeri Kelantan telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, selain turut berlaku peningkatan jangkitan kes COVID-19.
Kelantan tetap kadar zakat fitrah RM7
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 pada tahun ini.
PRU15: Elak masjid jadi medan politik - MAIK
Imam masjid di seluruh negeri juga hendaklah mengelakkan masjid daripada dijadikan gelanggang politik dan tempat berkempen ketika PRU15.
Tiada rekod rasuah babitkan petugas, kakitangan MAIK
Tiada rekod salah laku penyelewengan rasuah membabitkan imam, bilal, petugas serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) setakat ini.
Kelantan tetapkan zakat fitrah RM7
Kadar yang kekal sama seperti tahun lepas itu telah diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Suhaimi Saad boleh dikenakan tindakan undang-undang - Idris
Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terus mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam.
Pihak terlibat pengurusan jenazah COVID-19 perlu berdaftar dengan MAIK
Jurumandi dan pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Kelantan kini perlu berdaftar dengan MAIK.
Masih berlaku caj tayammum mahal di Kelantan
Caj bayaran mahal ini masih berlaku walaupun MAIK telah keluarkan arahan.