BATU PAHAT: Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM15 juta untuk membaik pulih dan membina baharu rumah asnaf tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sebanyak RM7 juta akan digunakan untuk kerja membaiki kerosakan rumah akibat bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya.
"Sejumlah RM8 juta lagi adalah untuk membina rumah baharu bagi golongan asnaf yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MAINJ.
"Melalui peruntukan itu, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dapat membantu membaiki rumah asnaf yang rosak akibat bencana hingga RM18,000 bagi setiap rumah," katanya kepada pemberita selepas Program Kecoh Sekawan Desa di Kompleks Penghulu Mukim 2 Bagan di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu berkata bagi pembinaan rumah baharu, setiap kawasan DUN akan dapat membina sebuah rumah asnaf dengan nilai maksimum RM80,000 bagi setiap rumah.
Mohd Fared berkata menerusi peruntukan itu, dijangkakan 444 rumah di semua 56 kawasan DUN di Johor akan mampu dibaik pulih, manakala pembinaan baharu ialah kira-kira 87 rumah.
"Permohonan bagi kedua-duanya akan dilakukan melalui Pejabat Daerah masing-masing sebelum dimajukan ke pihak MAINJ bagi kerja-kerja penilaian.
"Kerajaan negeri berharap peruntukan berkenaan dapat membantu golongan asnaf untuk memiliki kediaman yang lebih baik dan selesa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Mohd Fared (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang aktiviti yang diadakan pada Program Kecoh Sekawan Desa di Kompleks Penghulu Mukim 2 Bagan,hari ini. - Foto Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kerajaan negeri tanggung pengurusan jenazah empat beradik
Bantuan awal turut diberikan melalui MAINJ sebanyak RM3,000 serta bantuan kecemasan daripada Pejabat Daerah Muar sebanyak RM2,000.
Pengesahan status diri untuk bernikah di pesuruhjaya sumpah akan dibincang semula
Terdapat aduan daripada pasangan yang ingin bernikah yang menyatakan langkah itu menyulitkan selain turut dikenakan caj membebankan.
#JendelaRamadan: 'Selfie selepas tarawih boleh hapus semua pahala'
Perbuatan menangkap gambar sendiri dengan menggunakan telefon pintar atau selfie selepas solat dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak disifatkan boleh menghapuskan pahala ibadah.
Sultan Johor titahkan MAINJ keluarkan pekeliling arah kiblat di pusat peranginan
Sultan Johor menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengeluarkan pekeliling bagi menentukan arah kiblat di pusat peranginan di negeri itu.