awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPs kecam tindakan Zionis tahan sukarelawan Global Sumud Flotilla

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2025
11:15 MYT
MAIPs kecam tindakan Zionis tahan sukarelawan Global Sumud Flotilla
Tuanku Syed Faizuddin berkenan mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Kangar, pada Khamis. – Gambar ihsan MAIPs
KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengecam tindakan rejim Zionis menahan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail bertitah, tindakan menghalang dan menahan sukarelawan yang menghulurkan bantuan kemanusiaan adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali, apatah lagi jika mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan.
“Tindakan ini jelas bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan prinsip hak asasi manusia,” titah Raja Muda Perlis itu dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs pada Khamis.
Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan mempengerusikan mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini, pada Khamis
Baginda bertitah, sejak 8 April lalu, seluruh masjid di negeri Perlis telah melaksanakan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin.
Sehubungan itu, MAIPs, titah baginda, menyeru umat Islam khususnya rakyat Perlis agar terus memperbanyakkan doa, amal soleh dan bersatu hati dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas.
Dalam masa sama, MAIPs turut menggesa masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan negara agar memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan selamat tanpa sebarang sekatan atau penindasan.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan kemenangan kepada umat Islam di Palestin, serta melindungi para sukarelawan yang berjuang demi kemanusiaan,” titah Syed Faizuddin lagi.
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#MAIPs
#MAIPs kecam Zionis
#Raja Muda Perlis
#Syed Faizuddin Putra Jamalulail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan