awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPs kurangkan kadar sewa premis

Bernama
Bernama
28/07/2021
02:34 MYT
MAIPs kurangkan kadar sewa premis
Tuanku Syed Faizuddin bertitah inisiatif berkenaan menjadikan jumlah penuh peruntukan kewangan di bawah Pakej Inisiatif MAIPs Menangani Wabak COVID-19 bagi 2021 sebanyak RM8,363,078. - Gambar fail
KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) meluluskan pengurangan pengenaan kadar sewaan terhadap premis MAIPs sepanjang tempoh penutupan penuh sektor ekonomi dengan implikasi kewangan sebanyak RM171,668.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah inisiatif berkenaan menjadikan jumlah penuh peruntukan kewangan di bawah Pakej Inisiatif MAIPs Menangani Wabak COVID-19 bagi 2021 adalah sebanyak RM8,363,078.
Baginda bertitah demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs hari ini selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Rahim Mat Isa, 61, yang tinggal bersama lima ahli keluarganya di Kampung Nesam di sini.
Rahim yang merupakan seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs, menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi serta kini menerima rawatan dialisis di Pusat Dialisis Davita Kangar atas tajaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) .
Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
#MAIPs
#Perlis
#sewa
#penutupan
#implikasi kewangan
#COVID-19
#peruntukan
#kurang kadar sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan