Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membentangkan beberapa insentif dalam jangka masa terdekat bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan susulan krisis COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia dijangka dalam bentuk bantuan berterusan yang memastikan kelangsungan hidup serta menjamin pendapatan golongan terjejas.
"Kita akan kemukakan kepada khalayak dalam masa terdekat, beberapa insentif dalam jangkaan dan kemampuan kita untuk menolong seupaya mungkin, sebahagian daripada golongan penganggur.
"Kita juga akan memberikan bantuan yang bukan sekadar one-off, tetapi boleh meneruskan kehidupan, menjadi sumber pendapatan kepada mereka dan usaha ini sedang giat kita lakukan," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pondok Moden Al 'Abaqirah (PMA) MAIWP bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
Zulkifli berkata, pihak MAIWP akan cuba menyantuni seramai mungkin golongan penganggur mengikut kemampuan badan itu termasuk melibatkan kerjasama dengan agensi Islam peringkat negeri bagi memperkemaskan agihan.
Tambahnya, sepanjang dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, MAIWP sudah membelanjakan RM190 juta bagi membantu golongan yang memerlukan serta berdepan kesukaran.
Kajian Tenaga Buruh yang dibentangkan pada Isnin menunjukkan kadar pengangguran melonjak 5 peratus iaitu seramai 778, 800 pada April.
Angka itu merupakan peningkatan 48.8 peratus berbanding bulan sama tahun lepas.
Sementara itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara PMA MAIWP dan KPBKL bagi membolehkan pelajar PMA menyambung pengajian Diploma Syariah Islamiyyah di KPBKL.
Melalui kerjasama itu pelajar berpeluang melanjutkan pengajian diploma tersebut di KPBKL untuk tempoh dua tahun setengah pada kos serendah RM1,800 berbanding kadar yuran biasa RM18,000.
Sementara itu IHES Endowment (Waqaf) Development Berhad turut menyerahkan Wakaf Sistem Pendidikan Holistik bersepadu (IHES) kepada MAIWP sekaligus menjadikan ia wakaf sistem pendidikan pertama yang diterima MAIWP.
Najib Aroff
Tue Jun 16 2020
Zulkifli berkata, MAIWP akan cuba menyantuni seramai mungkin golongan penganggur mengikut kemampuan badan itu. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
MAIWP akan beri insentif kepada golongan hilang pekerjaan
Ia dijangka dalam bentuk bantuan berterusan yang memastikan kelangsungan hidup serta menjamin pendapatan golongan terjejas.