awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Syura tentukan kerjasama Pas-UMNO - Pemuda Pas

Bernama
Bernama
10/08/2018
14:23 MYT
Majlis Syura tentukan kerjasama Pas-UMNO - Pemuda Pas
Beliau berkata setakat ini prinsip Pas kekal berpegang kepada konsep 'taawum', iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.
Kerjasama antara Pas dan UMNO selepas pilihan raya umum lalu bergantung kepada keputusan pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama Pas, kata Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Beliau berkata setakat ini prinsip Pas kekal berpegang kepada konsep 'taawum', iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.
"Kita akan lihat dari semasa ke semasa bukan sahaja dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) pun sama... keperluan untuk membentuk gagasan UMNO-Pas sekarang belum ada. Ia bergantung kepada Majlis Syura Ulama Pas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Johor di Kompleks Pas Sungai Tongkang, di sini, pada Jumaat.
Muhammad Khalil mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam blognya semalam yang menggesa Pas dan UMNO bersatu dan tidak boleh bersendirian sekiranya mahu memberi keputusan lebih positif pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua pemuda
#Majlis Syura
#Muhammad Khalil Abdul Hadi
#PAS
#prinsip Pas
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan