awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama ditubuhkan

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2021
01:33 MYT
Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama ditubuhkan
MTKB berperanan menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia dianggotai 21 menteri, empat ketua jabatan, dua ketua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India.
Ia turut disertai tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
"MTKB berperanan menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
"Ini termasuk menetapkan sasaran, indikator makro dan KPI (indeks prestasi utama) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara yang akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030," katanya.
Mesyuarat pertama MTKB diadakan semalam (4 Mei).
Antara tokoh-tokoh yang dilantik sebagai ahli MKTB ialah Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datin Paduka Dr Aini Ideris, Datuk Dr Asma Ismail, Datuk Dr Madeline Berma dan Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.
Turut diwujudkan, Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Sementara itu, menurut PMO, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB.
BACA: TPB2030 diperkenal, perkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera - Mohd Redzuan
BACA: Kerajaan akan lancar semula WKB 2030
BACA: Kerajaan komited kukuh usaha pelaksanaan WKB2030
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#kerajaan
#ekonomi
#pendidikan
#pelaburan
#tokoh
#Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama
#MTKB
#Wawasan Kemakmuran Bersama
#WKB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan