“Selalunya, dia tidur dengan saya tapi malam itu, dia peluk erat mak dia, tak nak lepas...,”.
Mohd Ridzuan Mokhtar, 34 tahun tidak menyangka bahawa kelakuan ganjil anak ketiganya, Aliff Rizqi, 3 tahun itu merupakan petanda bahawa dia akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya.
BACA: Abang maut, adik kritikal jatuh dalam kolah
Bapa kepada empat orang anak itu berkata anaknya itu juga menunjukkan perubahan kelakuan yang ketara seperti mengajak keluarganya untuk bercuti dan bertukar menjadi seorang yang amat periang dan ceria sebelum menemui ajalnya.
“Arwah anak saya ini, memang rapat dengan saya malah dia tidak boleh tidur tanpa memeluk saya, tapi malam sebelum insiden berkenaan, saya pun jadi hairan kenapa dia peluk emak dia kuat-kuat, tak pernah terjadi sebelum ini.
“Malah, dia juga meminta saya membawanya berjalan ke sana-sini dan meluangkan masa bersama saya, tak sangka itu petanda arwah meninggalkan kenangan terakhir yang gembira untuk saya sebelum dia pergi,”katanya dengan nada sebak kepada Astro AWANI hari ini.
Aliff merupakan salah seorang daripada dua beradik yang ditemui lemas dalam kolah milik datuk mereka di Kawasan Perindustrian Ringan Maju, dekat sini pada Jumaat.
Menurut Mohd Ridzuan, adiknya, Aqil Rayyan,1 tahun pula kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak dimasukkan untuk mendapatkan rawatan semalam (Jumaat).
Ketika ditanya mengenai insiden itu, Mohd Ridzuan berkata ianya berlaku sekelip mata malah berlaku di luar jangkaan mereka.
“Kedua beradik itu tidak pernah keluar dari rumah datuk mereka dan bukan kebiasaan untuk mereka keluar bermain di kandang lembu di tepi rumah...tetapi hari itu, semuanya berlaku sekelip mata,” ujarnya.
Menurut Mohd Ridzuan, buat masa ini, keadaan Aqil Rayyan telah beransur stabil namun masih lagi mendapatkan sokongan bantuan oksigen dalam rawatan.
“Doktor memaklumkan bahawa tekanan darah dan nadi serta jantung anak bongsu saya itu telah kembali stabil namun kadar oksigen di otaknya masih tidak mencukupi.
“Harapan saya, agar orang ramai boleh mendoakan keadaan anak saya,”ujarnya.
Mohd Ridzuan, yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Malaysia (TUDM) di Ipoh berkata buat masa ini isterinya akan mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri daripada insiden yang meragut nyawa anaknya itu.
Jenazah arwah Aliff Rizqi telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, jalan Kuala Kangsar, Ipoh selepas Asar pada Jumaat.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Feb 17 2018
Aliff merupakan salah seorang daripada dua beradik yang ditemui lemas dalam kolah milik datuk mereka di Kawasan Perindustrian Ringan Maju, dekat sini pada Jumaat. - Foto Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?