KUALA LUMPUR:Malaysia mempunyai formula yang tepat untuk meletakkan negara ini pada landasan pemulihan, baik dari segi kesihatan awam mahupun ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata gabungan beberapa keputusan terbaru melibatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) serta inisiatif menerusi Belanjawan 2021 dan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) -- termasuk mempercepatkan perolehan vaksin dan menggalakkan ujian saringan pekerja -- dilihat sebagai formula yang tepat.
"Paling penting, kesemua langkah ini perlu dilihat secara keseluruhan, bukan secara berasingan," katanya semasa membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-37 hari ini.
Beliau berkata kerajaan tetap akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membendung pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan OPR dikekalkan pada 1.75 peratus setelah mengambil kira pelbagai kemudahan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pakej di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN), serta Belanjawan 2021 yang masih diteruskan atau akan dilaksanakan, katanya.
"Langkah-langkah yang telah dan akan terus dilaksanakan termasuk moratorium pinjaman, geran khas, Program Subsidi Upah dan pembiayaan mudah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata BNM turut mengumumkan lanjutan fleksibiliti bagi institusi perbankan menggunakan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) untuk memenuhi pematuhan SRR sehingga 31 Dis, 2022.
"Secara ringkasnya, langkah ini akan memastikan mudah tunai mencukupi bagi menyokong aktiviti kewangan dan ekonomi," katanya.
Mengenai Pembiayaan PKS PENJANA bernilai RM2 bilion, beliau berkata sejumlah 6,139 permohonan telah diluluskan dengan nilai pembiayaan keseluruhan RM1.18 bilion setakat 8 Jan, 2021 berbanding dengan 5,976 permohonan dengan nilai pembiayaan keseluruhan RM1.15 bilion setakat 1 Jan, 2021.
Beliau berkata bagi Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, terdapat 567 permohonan bagi pembiayaan ini diterima setakat 8 Jan, 2021 dan daripada jumlah itu 271 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM54.9 juta.
Sementara itu, Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), sejumlah RM320 juta telah disalurkan untuk dimanfaatkan oleh 9,358 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan setakat 8 Januari, katanya.
Tengku Zafrul berkata setakat 8 Januari, 389 PKS menerima dana daripada skim Bumiputera Relief Financing (BRF) yang diuruskan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, melibatkan sejumlah RM105.6 juta.
Beliau berkata bagi sokongan kepada industri pertanian dan makanan pula, sejumlah RM71.3 juta telah disalurkan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank untuk dimanfaatkan oleh 6,748 PKS Mikro pertanian.
Seterusnya, dari segi permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 4.8 juta permohonan di bawah Kategori 1 telah diterima KWSP setakat 20 Jan, 2021 dengan 3.18 juta permohonan yang melibatkan RM25.3 bilion telah diluluskan.
"Ahli-ahli yang yang permohonan mereka telah diluluskan telah mula menerima jumlah keseluruhan RM13 bilion pada Januari ini," katanya.
Bagi Skim pengeluaran i-Lestari di bawah KWSP, setakat 8 Jan, 2021 jumlah pengeluaran kumulatif tidak berubah iaitu sebanyak RM14.77 bilion melibatkan 4.93 juta penerima, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021
Tengku Zafrul berkata kerajaan tetap akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membendung pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.