awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Bernama
Bernama
24/02/2021
20:51 MYT
Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Izham Ismail berkata kaedah itu akan memberi keyakinan kepada penumpang Malaysia Airlines di samping menyediakan akses kepada proses perjalanan yang lancar.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca-COVID-19.
Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.
"Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya memanfaatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan.
"Penumpang boleh membuat janji temu secara mudah dengan pihak perubatan diperakui yang mengambil bahagian, untuk melakukan ujian COVID-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi COVID-19 mereka di telefon bimbit, menjadikan proses keperluan perjalanan lebih lancar," menurutnya.
Pas kesihatan itu juga akan mengesahkan ujian COVID-19 atau keperluan vaksinasi, dan kemudian berkongsi status "OK to Travel' penumpang dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
BACA: MAHB, Malaysia Airlines bekerjasama laksana proses pemeriksaan keselamatan lebih selamat
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Izham Ismail berkata kaedah itu akan memberi keyakinan kepada penumpang di samping menyediakan akses kepada proses perjalanan yang lancar untuk penumpang bersedia bagi perjalanan.
Naib Presiden Kanan (Lapangan Terbang, Penumpang, Kargo dan Keselamatan) IATA, Nick Careen berkata aplikasi perjalanan IATA merupakan satu penyelesaian yang boleh dipercayai kerajaan dan penumpang sama ada ia berfungsi secara sendirian atau disepadukan dengan aplikasi perjalanan syarikat penerbangan.
Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk melancarkan kad kesihatan dan akan berkongsi butiran lanjut dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Kesihatan Perjalanan Digital
#Malaysia Airlines
#IATA
#sijil vaksinasi
#digital
#teknologi tanpa sentuh
#perjalanan udara
#COVID-19
#penerbangan Malaysia
#pasport digital
#Aplikasi mudah alih
#perubatan
#Ujian rT-PCR
#penumpang
#Izham Ismail
#kad kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan