KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) pada 28 Februari dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga, berikutan perkembangan keselamatan serantau yang semakin meningkat.
Advertisement
Penerbangan yang terjejas adalah :
o MH160 - 28 Feb, 2026 (KUL-DOH)
o MH156 - 28 Feb, 2026 (KUL-JED)
o MH158 - 28 Feb, 2026 (KUL-MED)
o MH159 - 28 Feb, 2026 (MED-KUL)
o MH161 - 28 Feb, 2026 (DOH-KUL)
o MH164/MH165 - 1 Mac 2026 (DOH-KUL)
o MH157 - 1 Mac 2026 (JED-KUL)
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan.
Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan kekal ditangguhkan sementara menunggu penilaian lanjut terhadap situasi keselamatan.
"Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi 'My Booking' untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Bantuan juga boleh diperolehi menerusi Sembang Langsung di laman web, atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia)," katanya.
Sementara itu, penerbangan MH4 Kuala Lumpur (KUL)-London (LHR) dan MH20 Kuala Lumpur (KUL)- Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle (CDG) masih kekal mengikut jadual ditetapkan.
Semua penerbangan tersebut beroperasi menggunakan laluan alternatif melalui ruang udara Afghanistan, jauh dari zon konflik yang terlibat.
-- BERNAMA