awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia ajak masyarakat dunia kecam tindakan kejam Israel terhadap tahanan Palestin

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2023
09:57 MYT
Malaysia ajak masyarakat dunia kecam tindakan kejam Israel terhadap tahanan Palestin
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, masyarakat dunia juga perlu menuntut rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan tersebut dan menghentikan serta-merta sebarang bentuk kekejaman dan kebiadapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru semua pemimpin dan masyarakat dunia yang berfikiran waras agar mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan terang-terangan rakyat Palestin yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menegaskan, masyarakat dunia juga perlu menuntut rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan tersebut dan menghentikan serta-merta sebarang bentuk kekejaman dan kebiadapan.
"Malaysia merakamkan rasa simpati, takziah dan mendoakan kepada keluarga ramai rakyat Palestin terbunuh dan cedera kerana pencerobohan Israel baru-baru ini di kem pelarian Jenin.
"Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel sekali gus merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara," katanya.
Anwar juga menegaskan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kempen penindasan tanpa henti yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas tahanan warga Palestin.
Pada 26 Janurai lalu, kem pelarian Jenin di Wilayah Tebing Barat dihujani peluru berikutan serbuan pasukan keselamatan Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kecam Israel
#tahanan Palestin
#kem pelarian Jenin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan