Malaysia sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam sebarang tindakan berhubung isu pertikaian maritim di Laut China Selatan bagi mengurang ketegangan dan memastikan keamanan dikekalkan di rantau ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Husssein berkata dalam usaha itu, Malaysia dan negara anggota ASEAN lain perlu bekerjasama sebagai satu entiti yang utuh untuk memastikan keselamatan rantau terpelihara.
"Menyentuh isu perebutan kawasan di Laut China Selatan, adalah penting untuk negara-negara ASEAN yang terlibat meneliti semua aspek yang berkaitan, terutama dalam mengelakkan sebarang salah anggap.
"Adalah penting kepimpinan ASEAN memastikan tidak ada salah anggap dalam kuasa geopolitik dan kita perlu menentukan nasib untuk memudahkan kita mengelak sebarang campur tangan pihak ketiga," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Australia Laksamana Madya Ray Griggs di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpurd, Isnin.
Lawatan rasmi tiga hari Griggs adalah sebahagian daripada hubungan diplomasi pertahanan dalam mengimbangi kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Australia.
Hishammuddin berkata demikian ketiga mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pentingnya pihak terlibat mengurangkan ketegangan dalam usaha mencari penyelesaian berkaitan isu pertikaian maritim di Laut China Selatan selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Nay Pyi Taw, Myanmar, Ahad.
Mengulas lanjut perkara itu, Hishammuddin berkata Malaysia dilihat mampu menjadi contoh dalam perkara itu (pertikaian maritim di Laut China Selatan) melalui kepimpinan termasuk kerjasama ketenteraan dan bukan hanya melalui saluran politik semata-mata.
Mengambil contoh pertelingkahan di negara jiran dan Timur Tengah, beliau menjelaskan ASEAN boleh menjadi organisasi contoh kepada badan-badan lain di dunia dengan mengamalkan dasar kebersamaan.
Pada sidang media itu, Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia berikutan komitmen negara itu terhadap pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Tujuh belas hari kemudian, pengumuman dibuat bahawa MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Bernama
Mon May 12 2014
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Australia, Vice Admiral Ray Griggs di Wisma Pertahanan di sini hari ini. -- fotoBERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.