Beliau menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, perbincangan itu berlangsung semasa menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah bersama delegasinya di Wisma Putra, Putrajaya.
Katanya, antara yang dibincangkan termasuk menambah jumlah pelaburan ke Malaysia, tambahan bilangan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jeddah serta menambah jumlah tajaan untuk pelajar-pelajar Malaysia ke Arab Saudi.
Menurut beliau, Majlis Perundingan Arab Saudi-Malaysia telah dipersetujui untuk dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar kedua-dua buah negara. - BERNAMA