Malaysia dan Bahrain akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dalam mengukuhkan kerjasama ketenteraan kedua-dua hala terutama dalam usaha mengekang ideologi pengganas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia termauk menjalin perkongsian maklumat dengan pasukan perisikan Bahrain dalam menangani keganasan melibatkan rantau ini serta Asia Barat.
"Saya boleh sahkan bahawa agensi perisikan turut bersama dengan delegasi Raja Bahrain. Mereka turut mengadakan pertemuan dengan agensi perisikan antarabangsa kita dan perisikan ketenteraan.
"Hari ini mereka ada pertemuan dengan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas PDRM.
"Jadi berkenaan pasukan khas kita telah buat keputusan untuk menjalani latihan bersama jadi tentera Bahrain boleh berlatih dengan suasana di sini. Tentera kita pun dapat pendedahan berkenaan Asia Barat menerusi tentera Bahrain," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Ahmed di sini hari ini.
Dalam pada itu, Shaikh Khalid berkata pengganas kini memberi cabaran yang amat besar kepada mereka pada ketika ini termasuk berkaitan kedaulatan, identiti serta kehidupan rakyat.
"Cabaran yang dihadapi adalah kedaulatan kita, identiti termasuk kehidupan rakyat. Ada pihak yang cuba merampasnya daripada kita," jelasnya.
Justeru, beliau berharap kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Bahrain akan terus diperkukuh demi kesepaduan ummah.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 03 2017
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) bersama Menteri Luar Bahrain Shaikh Khalid Ahmed Mohamed Al Khalifa ketika sidang akhbar sempena lawatan Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia, hari ini. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Bahrain mohon tukar venue, terima ancaman penyokong Indonesia
Perkara tersebut disuarakan selepas tindakan penyokong Indonesia yang berang dengan keputusan 2-2 ketika bertemu Bahrain 11 Oktober lalu.
Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.
Bukan salah sesiapa kecuali saya - Pan Gon
Malaysia akan melengkapkan baki saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan.
Piala Asia: ‘Bangkitlah Harimau Malaya’ - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sokongan dan meniupkan semangat kepada skuad Harimau Malaya yang akan menentang Bahrain malam ini.
Piala Asia: Harimau Malaya kekal ambil risiko di sebalik tekanan tinggi berdepan Bahrain
Malaysia tidak akan mengubah pendekatan permainan yang berani dan pantas biarpun tekanan sedang memuncak menjelang perlawanan bertemu Bahrain.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Piala Asia 2023: Harimau Malaya berdepan laluan berliku, Bahrain ada sedikit kelebihan - Penganalisis
Pekan berkata, Bahrain mempamerkan persembahan memberangsangkan biarpun tumpas 1-3 kepada Korea Selatan pada Isnin.
Piala Asia: Natxo Insa bakal turun bertemu Bahrain?
Terdapat bayangan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq Fazail yang cedera.
Piala Asia: Shahrul Saad sedia diturunkan jumpa Bahrain
Pemain JDT berkenaan bersedia mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan Kim Pan-gon menentang Bahrain.
Piala Asia: Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati - Josue
Pemain kelahiran Brazil itu berkata Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati, jika mereka berjaya mencuri tiga mata mengatasi Bahrain.