KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Beliau berkata, selain itu, menjadi tuntutan pada zaman sekarang untuk memberi tumpuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) supaya tidak ketinggalan.
"Saya menyebutnya di hadapan semua kepimpinan dalam negara apa kebimbangan kita mengenai nilai soal akhlak, soal entiti kita sebagai rakyat Malaysia dan soal budaya kita supaya dalam mempertahankan teknologi baru ini.
"Kita juga berupaya mempertahankan akidah dan akhlak kepada kefahaman agama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan Darul Naim di RTC Tunjong, di sini, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, teknologi AI juga akan diterap dalam kalangan pelajar di maahad tahfiz atau di TVET untuk menguasai ilmu baharu itu agar tidak ketinggalan.
Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha itu, syarikat Microsoft telah menyuarakan minat untuk turut melabur sebanyak RM10.5 bilion bagi pembangunan teknologi AI di Malaysia.
Anwar turut memberi jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus yang diumumkan semalam akan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen.
"Saya fikir tiada masalah dalam meluluskan tambahan bagi kenaikan gaji penjawat awam berkuat kuasa 1 Dis ini.
"Ahli Parlimen mana yang mahu bangkang usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam malah Kelantan juga sudah menyatakan sokongan dan memaklumkan ia adalah cadangan yang baik," katanya.
Pada Rabu, Perdana Menteri berkata, kenaikan itu merupakan usaha untuk mengimbangi pendapatan antara pekerja gred rendah dan tinggi.
Beliau berkata, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang diperinci, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan berbanding ketika ini yang menyaksikan jumlah pendapatan minimum meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam RM1,795 sebulan. - BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Perdana Menteri Anwar menghadiri Rumah Terbuka MADANI 2024 peringkat negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, malam tadi. - Gambar Bernama
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
US$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
Bank Negara Malaysia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.35 bilion.
KPT perlu sentiasa bincang dengan pemain industri, pastikan lepasan TVET dapat kerja - Zambry
KPT perlu sentiasa mengadakan perbincangan bersama pemain industri termasuk dengan sektor swasta bagi memastikan lepasan TVET mendapat tempat dalam pasaran kerja.
220 syarikat China tawar lebih 5,000 latihan TVET kepada pelajar Malaysia
Sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET.
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan STEM.
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
Huawei pindahkan teknologi dan pengetahuan dalam pendidikan TVET Malaysia
Ahmad Zahid berpuas hati dengan komitmen Huawei di Malaysia kerana Huawei sudah bertapak selama 23 tahun.
Giatkan industri peIancongan, tarik rakyat Hong Kong ke Malaysia - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan pertemuannya dengan Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee Ka-Chin amat berjaya dalam mencapai persefahaman dalam pelbagai bidang.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.