KUALA LUMPUR: Selepas membelasah Vietnam 25-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A Piala Asia 2024, skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Dua pemain negara iaitu penyerang Siti Nur Arfah Mohd Nor dan tonggak tengah Raja Norsharina Raja Shahbuddin mencuri tumpuan apabila kedua-duanya menyumbat hatrik bagi membantu skuad negara berada di landasan terbaik mara ke separuh akhir.
Siti Nur Arfah membuka tirai jaringan skuad negara pada minit keenam, 11 dan 27 manakala Raja Norsharina pula meledak jaringan pada minit ke-18, 29 dan 35 pada saingan berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi.
Pemain pertahanan Fazilla Sylvester Silin pula meledak dua gol (12' dan 34') manakala jaringan lain disumbangkan Juliani Mohamad Din (8') disusuli Nuraslinda Said (12'), Nur Atira Mohamad Ismail (15') dan Ellya Syahirah Ellias (24'), sementara gol saguhati Oman dijaringkan Maroa Al Saidi (22').
Malaysia akan meneruskan saingan kumpulan menentang Kazakhstan dan Iran pada esok.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
Sementara itu, ketua jurulatih Mohd Rodzhanizam Mat Radzi menyifatkan dua kemenangan berturut-turut dengan jaringan yang besar sebagai satu keputusan positif, namun beliau berharap anak buahnya dapat memperbaiki ketajaman di bahagian gol terutamanya pada pukulan sudut penalti.
"Kita telah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan petang ini. Pemain perlu memperbaiki dari segi jaringan dan pukulan sudut penalti.
"Jaringan adalah penting untuk setiap perlawanan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini. - Foto Facebook MHC
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.
Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua - Nancy
Kerajaan sedang menyediakan Agenda Negara Menua yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang.
AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan.
Wartawan hiburan veteran, Huzz, meninggal dunia pada usia 58 tahun
Bekas wartawan yang lebih mesra dikenali dengan nama pena Huzz itu meninggal dunia pada usia 58 tahun.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
TPM New Zealand kagum reka bentuk, kemudahan Masjid Negara
Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters terpesona dengan reka bentuk dan kemudahan yang terdapat di Masjid Negara di sini.
Pekerja akademik di UC diarah hentikan mogok Pro Palestin
Pekerja akademik di Universiti California (UC), Amerika Syarikat diarah menghentikan mogok dan protes Pro Palestin buat sementara waktu.
KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.
Zoo di Mexico City hidang makanan berbentuk popsicle kepada haiwan
Sebagai usaha mengatasi gelombang panas, sebuah zoo di Mexico City, Mexico bertindak menghidangkan makanan dalam bentuk popsicle kepada haiwan yang dipelihara di sana.
Sydney dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir besar di Sydney, Australia. Pihak berkuasa kecemasan negara itu berkata, setakat ini 13 operasi menyelamat digerakkan selepas menerima 297 panggilan kecemasan daripada penduduk di kawasan terjejas.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.
KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
Malaysia akan dukung prinsip, gerakkan kepaduan sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Beliau berkata ASEAN dan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.
Malaysia, UAE memuktamadkan CEPA tahun ini - MITI
Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mengesahkan komitmen mereka untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) menjelang tahun ini.
Pengerusi ASEAN: Penganalisis sahkan kesediaan Malaysia
Penganalisis yakin dengan kesediaan Malaysia menggariskan perkhidmatan awamnya yang cekap dan rekod prestasi selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2015.
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan STEM.
Kerangka MADANI teras pendekatan strategik pacu masa depan ekonomi - Amir Hamzah
Langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.