PUTRAJAYA: Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beilau kerkata pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Malaysia menduduki tempat kedua dalam rantau Asia Tenggara dari segi bilangan kajian tajaan industri global.
Menurutnya penyelidikan klinikal itu juga memberi impak mendalam kepada penjagaan kesihatan Malaysia, terutamanya melalui peningkatan akses kepada rawatan penyelidikan inovatif untuk pesakit.
"Dengan lebih 2,300 penyelidikan tajaan di negara ini sejak 2012, Pendapatan Negara Kasar yang diperolehi daripada kontrak penyelidikan klinikal telah berkembang dari tahun ke tahun dan kini berjumlah RM1.16 bilion," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023 di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata industri farmaseutikal kini bukan sahaja melihat Malaysia sebagai lokasi percubaan tetapi juga sebagai pangkalan serantau untuk operasi penyelidikan klinikal.
Dzulkefly berkata dengan terus berpegang teguh kepada semua ini, CRM komited untuk memacu misi utamanya sepanjang dekad akan datang dengan tumpuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pilihan di Asia.
"Antaranya termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan CRM Mac lalu Saya berharap dapat melihat graduan dilatih dan dibangunkan ke arah membina kerjaya mereka dalam penyelidikan klinikal dan menjadi penyelaras kajian profesional," katanya.
Terdahulu, Dzulkefly menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara CRM dan Pejabat Pengurusan Penyelidikan Klinikal Universiti China Hong Kong (CUHK) untuk menyatukan lagi usaha dalam meningkatkan kemahiran penyelidik serta memacu perkongsian pengetahuan dalam penyelidikan klinikal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2023 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.