awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di ranking 45 skor halangan perdagangan antarabangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2023
23:40 MYT
Malaysia di ranking 45 skor halangan perdagangan antarabangsa
Di peringkat Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan kedudukan kedua selepas Singapura. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Malaysia berada di kedudukan ke-45 daripada 88 negara Indeks Halangan Perdagangan Antarabangsa (TBI) 2023 dikeluarkan oleh Yayasan Tholos di Washington D.C.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito berkata, peringkat Asia Tenggara pula, Malaysia mencatatkan kedudukan kedua selepas Singapura, namun jarak bagi kedua-dua negara masih jauh.
“Malaysia mencatatkan nilai indeks 3.88 mata, yang mana lebih baik daripada purata global (3.95), kumpulan serantau Asia Timur dan Pasifiknya (4.0) dan kumpulan berpendapatan sederhana atas (4.22).
“Indeks baharu itu menggunakan sumber data terkini Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan Organisasi Ekonomi Antarabangsa (OECD) yang mengukur halangan bukan tarif dan sekatan perkhidmatan menjadikan perbandingan penuh dengan edisi terbitan terakhir tahun 2021,” katanya.
Dedah Carmelo, skor tarif Malaysia bertambah buruk tahun ini dengan dua peratus, namun menunjukkan perubahan baik dalam kemudahan iaitu 2.5 peratus.
Katanya, Malaysia juga terdedah eksploitasi sindiket jenayah antarabangsa yang mengambil kesempatan daripada persekitaran kastam dan akses pasaran besar lain.
“Jika Malaysia meningkatkan pemantauan kastam dan penguatkuasaan perdagangan, ia boleh membendung isu dagangan haram,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Indeks Halangan Perdagangan Antarabangsa
#perdagangan
#Singapura
#TBI 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan