awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Filipina belum putuskan soal kos penghantaran pulang PATI di Sabah

Bernama
Bernama
14/11/2016
23:30 MYT
Malaysia, Filipina belum putuskan soal kos penghantaran pulang PATI di Sabah
Malaysia dan Filipina masih dalam perbincangan mengenai kerajaan mana yang perlu menanggung kos penghantaran pulang PATI di Sabah. - Gambar fail
Malaysia dan Filipina masih belum memutuskan soal kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata kedua-dua negara masih dalam perbincangan mengenai kerajaan mana yang perlu menanggung kos penghantaran pulang PATI berkenaan.
"Kesediaan (untuk membawa pulang PATI ke Filipina) itu yang penting," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai siapa yang bakal menanggung kos penghantaran pulang PATI itu.
Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte yang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia pada 9 Nov lepas, bersetuju dengan hasrat Malaysia untuk menghantar pulang 7,000 PATI Filipina dalam depoh tahanan secara berperingkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, beliau telah memberitahu Presiden Duterte bahawa isu tersebut adalah serius.
Dalam pada itu, Reezal Merican menyifatkan hasil lawatan Duterte selepas menjawat jawatan Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun lepas itu, amat berjaya termasuk membenarkan Malaysia melakukan operasi mengejar penculik sehingga merentasi sempadan maritim negara berkenaan.
Persidangan dewan bersambung hari ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#pati
#penghantaran pulang
#Reezal Merican Naina Merican
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan