KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau menerusi Facebook hari ini berkongsi mengenai program "Gift For Gaza: Misi Bantuan Kemanusiaan Dari Malaysia ke Palestin Melalui Penghantaran Laut" yang berlepas dari Pelabuhan Klang.
"Malaysia terus komited dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Kerajaan Malaysia terus memainkan peranan aktif dan mempamerkan pendirian yang tegas dalam isu Palestin," katanya.
Mohamad berkata pendirian tegas Malaysia bukan hanya bermula pada 7 Okt 2023 tetapi ia bertitik tolak daripada perjuangan Palestin yang telah ditindas oleh rejim Israel sejak 75 tahun yang lepas.
Menurut laporan Agensi Anadolu, Israel melakukan serangan ketenteraan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas.
Hampir 32,800 warga Palestin terkorban dan 75,300 lagi cedera selain kemusnahan pada skala besar dan kekurangan bekalan keperluan. Israel telah mengenakan sekatan yang menjejaskan Semenanjung Gaza mengakibatkan penduduknya kelaparan.
Israel juga telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain daripada kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang serius sementara 60 peratus daripada infrastruktur telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Israel turut menghadapi pendakwaan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang pada Khamis lepas turut diperintahkan supaya bertindak untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Mohamad berkata pendirian tegas Malaysia bukan hanya bermula pada 7 Okt 2023 tetapi ia bertitik tolak daripada perjuangan Palestin yang telah ditindas oleh rejim Israel sejak 75 tahun yang lepas. - Gambar FB Mohamad Alamin
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Sukarelawan kemanusiaan cedera dalam serangan Israel di Rafah
Serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Ops Ihsan kutuk serangan Israel ke atas penduduk Palestin di kem Al-Nuseirat, Gaza
Sekretariat Utama Ops Ihsan mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Ops Ihsan: 33,000 lagi pek makanan berjaya dihantar ke Gaza
Sebanyak 33,000 lagi pek makanan telah berjaya dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Ops Ihsan lancar kempen mega #PalestinMerdeka
Ia bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Palestin pada 29 Nov setiap tahun seperti yang ditetapkan PBB.
Misi bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza berlepas 17 Dis
Bantuan kemanusiaan itu akan membawa 60 tan barangan keperluan asas dengan kebanyakannya adalah barangan perubatan.
Penghantaran kedua barangan ke Gaza selamat berlepas pada 10.55 malam
Penerbangan kargo sewaan khas itu membawa muatan sebanyak 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi, pakaian dan makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.
Sekretariat Ops Ihsan rancang buka hospital lapangan di Al-Arish
Sekretariat Ops Ihsan sedang merancang untuk membuka hospital lapangan di Al-Arish bagi memberikan bantuan dan rawatan perubatan kepada semua mangsa yang terkesan akibat serangan rejim Israel.
Bantuan Ops Ihsan untuk Palestin tiba di Mesir
Pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir pagi ini.