KUALA LUMPUR: Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang meliputi pembantu rumah akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia minggu ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Bercakap dalam sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata MoU itu akan ditandatangani di Jakarta, Indonesia.
Pada 6 Feb lepas, media melaporkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017 masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat manakala MoU yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada 8 Feb ditangguhkan.
Dalam perkembangan lain, Saravanan berkata sebanyak 148,300 pekerjaan baharu melalui pelaburan dalam negara berjaya diwujudkan tahun lepas dengan 109,605 atau 73.9 peratus daripada jumlah itu adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.
"Walaupun begitu, sebahagian daripada pekerjaan yang disebutkan melibatkan sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) maka kita masih ada isu iaitu warga tempatan, walaupun ada pekerjaan di peringkat bawah, mereka masih lagi tidak menerima dan ini menyebabkan kerajaan masih perlu bergantung kepada warga asing," katanya.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menggulung perbahasan usul sama bagi kementerian itu pula berkata PLUS Malaysia Berhad dan syarikat konsesi lebuh raya lain diarah menyemak keperluan penambahan lokasi kawasan teduhan motosikal serta keperluan lain yang lebih selamat bagi penunggang motosikal di lebuh raya.
Beliau berkata selain itu, papan tanda akan ditambah baik untuk meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya supaya tidak berhenti di kawasan yang bahaya seterusnya mengelak berlaku kemalangan.
"Semua jambatan di lebuh raya yang mempunyai ruang di antara tiang jambatan dan cerun jambatan ada disediakan rel adang supaya penunggang dapat berteduh dan berlindung di belakang rel adang. Namun ada segelintir penunggang yang berada di luar rel adang yang boleh mengundang bahaya.
"Terdapat sebanyak 186 kawasan teduhan motosikal di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan yang berasingan dan di bawah jambatan. Lokasi kawasan teduhan motosikal ditandakan di papan tanda lebuh raya untuk membantu penunggang motosikal bergerak ke lokasi itu dengan selamat," katanya.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Saravanan berkata, MoU itu akan ditandatangani di Jakarta, Indonesia. - Gambar/ Shahir Omar
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.
PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.
'Rafizi oh Rafizi ... susah dia ini, kalau tak tahu tolong tanya' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan menempelak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan sudah ketandusan model dan mengikut 'telunjuk' DAP.