JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara, kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko yang rendah.
"Ia akan memberi keutamaan kepada mereka yang telah divaksinasi penuh, bagi kategori pengembara untuk tujuan rasmi, perniagaan, perubatan dan kemanusiaan.
"Koridor perjalanan ini juga akan melibatkan pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 dan standard keputusan ujian saringan PCR COVID-19," katanya dalam kenyataan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif tersebut akan memudahkan pergerakan semula rakyat kedua-dua negara.
BACA: Ismail Sabri diberi sambutan rasmi oleh Presiden Indonesia Jokowi
"Pembukaan semula sempadan secara kaedah yang selamat adalah penting dalam mengimbangi di antara keperluan membuka dan membangunkan semula ekonomi dan menjaga aspek keselamatan dan kawalan kesihatan awam," jelasnya.
Justeru, kedua-dua pemimpin berharap inisiatif tersebut dapat dimuktamadkan segera dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2022.
Ismail Sabri bertemu Jokowi seiring lawatan rasmi tiga hari beliau ke republik itu yang bermula semalam.
Terdahulu, Ismail Sabri diberikan sambutan karpet merah dan kawalan kehormat. Beliau disambut oleh Jokowi sebaik tiba di kompleks pejabat eksekutif dan kediaman rasmi Presiden.
Lawatan Malaysia ke Indonesia turut disertai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021
Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan satu koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL). - Foto Pejabat Perdana Menteri/PMO
Media cetus minda masyarakat kreatif dan kritis - Aminuddin
Media berperanan menjadi wadah pencetus pembentukan minda masyarakat ke arah lebih kreatif dan kritis.
Belakan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
AWANI Ringkas: Lawatan Qatar buahkan hasil | Persefahaman rakan gabungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Elektrik terputus di seluruh Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu, menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
OpenAI umum keluaran model AI baharu
Syarikat penyelidikan kecerdasan buatan dan pembangun ChatGPT, OpenAI pada Isnin mengumumkan keluaran model AI baharu yang dipanggil GPT-4o, yang mampu melakukan perbualan suara bersifat realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan penglihatan.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
Ia adalah sebagai satu langkah baru untuk kekal di hadapan dalam mendominasi teknologi baru.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.