NATIONAL
Malaysia kemuka resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru di Geneva

Dr Dzulkefly menyatakan bahawa keterlibatan dengan negara-negara besar ini menunjukkan sokongan terhadap hala tuju Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia akan mengemukakan resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan ke-78 di Geneva, Switzerland pada bulan ini.
Ringkasan AI
- Malaysia akan mengemukakan resolusi Inisiatif Kesihatan Paru-Paru ke peringkat global melalui Perhimpunan Kesihatan Kebangsaan ke-78 di Geneva, Switzerland pada bulan ini.
- Malaysia telah mendapat sokongan daripada 14 negara, termasuk Rusia dan China, untuk resolusi ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa keterlibatan dengan negara-negara besar ini menunjukkan sokongan terhadap hala tuju Malaysia.
- Inisiatif ini bertujuan memperkukuh aktiviti pencegahan, saringan, rawatan, dan kawalan penyakit paru-paru. Usaha termasuk kempen kesedaran awam mengenai bahaya merokok dan asap rokok terpakai serta program saringan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Malaysia memperkenalkan inisiatif berkenaan untuk memperkukuh aktiviti berkaitan pencegahan, saringan, rawatan dan kawalan penyakit berkaitan paru-paru.
Antara usaha di bawah inisiaitif itu ialah kempen kesedaran awam yang meluas mengenai bahaya merokok dan asap rokok terpakai serta program saringan yang dipertingkatkan dengan teknologi kecerdasan buatan (Al).
Beliau berharap resolusi dikemuka oleh Malaysia itu akan mendapat sokongan meluas pada WHA kali ini yang akan diadakan bermula 19 hingga 27 Mei.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami