Malaysia sentiasa komited dalam membantu negara yang terjejas kerana Ebola.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa lebih 20 juta sarung tangan getah disumbangkan untuk penggunaan doktor dan jururawat yang bertugas merawat pesakit Ebola.
"Malaysia telah menyumbang lebih 20 juta sarung tangan getah bagi membantu para doktor dan jururawat yang bekerja untuk membanteras Ebola," kata Najib dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Najib menyampaikan jaminan Malaysia ketika masyarakat dunia diminta terus membantu negara yang terjejas akibat Ebola termasuk Sierra Leone, Guinea, Liberia dan Nigeria.
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta masyarakat global supaya bertindak menangani penularan ebola yang disifatkannya berlaku begitu pantas.
Sehingga hari ini, tiada kes Ebola dicatatkan di Malaysia.
Hanya dua kes disyaki, iaitu di Sarawak dan Melaka sebelum ini, tetapi selepas pemeriksaan lanjut dibuat ia disahkan bukan kes Ebola.
Kementerian kesihatan meminta rakyat di negara ini tidak panik dengan penularan Ebola di Afrika Barat memandangkan persiapan rapi yang sudah dilakukan pihak berkuasa.
Antaranya termasuk pemeriksaan ketat di lapangan terbang dan pencegahan awal menerusi penyebaran maklumat mengenai Ebola.
Astro Awani
Sat Sep 27 2014
Perdana Menteri menyampaikan ucapannya di New York. Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.
Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.
COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.