Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Israel menutup Masjid Al-Aqsa pada 14 Julai.
Pada mesyuarat luar biasa terbuka Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki pada Selasa (1 Ogos), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan provokatif Israel itu merupakan perbuatan yang secara terang-terangan mencabuli kesucian tempat suci Islam.
"Tindakan seperti itu juga secara serius mencabuli hak umat Islam untuk beribadah secara aman, bebas daripada keganasan, ancaman dan provokasi," katanya pada mesyuarat berkenaan yang diadakan bagi membincangkan perkembangan membimbangkan di Al-Quds Al-Sharif, khususnya pencabulan Israel terhadap kesucian Masjidil Aqsa, dan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Anifah mengingatkan bahawa kebebasan untuk menunaikan ibadat adalah hak yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.
"Kita perlu tentang sebarang bentuk pencabulan seperti itu," katanya.
Sehubungan itu, kami mengulangi seruan kepada Israel supaya tidak menyekat akses ke Masjidil Aqsa. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa tempat beribadat wajib dihormati dan dipulihara. Kami juga menggesa Israel supaya menghentikan semua aktiviti yang boleh mengubah status quo dan ciri-ciri tempat suci Islam," katanya.
Anifah berkata Malaysia menyeru semua pihak supaya menahan diri daripada melakukan tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan dan keganasan di Baitulmuqaddis Timur.
Katanya, pertempuran terbaru antara pasukan keselamatan Israel dan penduduk Palestin pada 24 Julai di Tebing Barat mengakibatkan banyak kecederaan dan jika tidak ditangani dengan sewajarnya, keganasan yang tercetus akan mengakibatkan penderitaan, kematian serta kemusnahan yang tidak terhingga di wilayah Palestin yang diduduki Israel.
Anifah berkata perkembangan di Baitulmuqaddis Timur amat membimbangkan dan rancangan yang diumumkan Israel untuk menambah pembinaan rumah pada kadar lebih 30 peratus daripada jumlah tahun lepas di Baitulmuqaddis Timur merupakan perbuatan yang secara terang-terangan melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu 2334 (2016).
"Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu supaya menunaikan tanggungjawabnya bagi melaksanakan resolusi bersejarah itu.
"Membiarkan resolusi itu terus tidak dilaksanakan bererti kegagalan mengundurkan kembali trend negatif yang mengancam penyelesaian melalui kewujudan dua negara," katanya.
Malaysia, kata beliau, amat yakin bahawa penyelesaian melalui kewujudan dua negara tetap merupakan penyelesaian paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak.
"Malaysia ingin menegaskan sekali lagi sokongan padu kami terhadap usaha mencari penyelesaian secara adil, menyeluruh dan berkekalan bagi mencapai penyelesaian melalui kewujudan dua negara, dengan pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdasarkan sempadan yang wujud sebelum 1967, dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya," kata beliau.
Anifah berkata Malaysia memuji dan menyokong usaha Raja Abdullah II ibni Al-Hussein, Raja Kerajaan Hashemit Jordan dan Penjaga Wilayah Suci Baitulmuqaddis, supaya mengembalikan ketenangan di bandar suci itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Anifah berkata perkembangan di Baitulmuqaddis Timur amat membimbangkan. - Gambar fail
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.