awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk 'serangan kimia' di Syria

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2013
11:15 MYT
Malaysia kutuk 'serangan kimia' di Syria
Malaysia mengutuk penggunaan senjata kimia di Syria yang didakwa telah menyebabkan kematian beratus orang rakyat dan mencederakan ramai lagi di daerah Ghouta berdekatan dengan Damsyik.
Rabu lalu, pembangkang di Syria melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan tersebut jelas melanggari undang-undang antarabangsa.
“Sekiranya dibuktikan benar…mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini (perlu) dibawa ke muka pengadilan,” kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini.
Anifah berkata Malaysia juga menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan tersebut.
Pihak-pihak yang terbabit di Syira juga diseru supaya member akses serta perlindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk menjalankan tugas mereka.
Dalam satu laporan media Iran hari, kerajaan Syria berkata ia bersedia untuk mengizinkan penyiasat PBB melawat kawasan serangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#kimia
#PBB
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan