awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lancar logo dan tema selaku Pengerusi ASEAN 2025

Bernama
Bernama
22/10/2024
04:30 MYT
Malaysia lancar logo dan tema selaku Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia dijadual melancarkan logo dan tema bagi Kepengerusian ASEAN pada Selasa, sebagai persediaan negara untuk memimpin kumpulan serantau yang terdiri daripada 10 anggota itu pada 2025. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dijadual melancarkan logo dan tema bagi Kepengerusian ASEAN pada Selasa, sebagai persediaan negara untuk memimpin kumpulan serantau yang terdiri daripada 10 anggota itu pada 2025.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan melancarkan logo dan tema itu dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.
Pada 11 Okt lalu, Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane.
Pada majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tukul simbolik Pengerusi ASEAN daripada rakan sejawatnya dari Laos, Sonexay Siphandone.
Anwar menekankan Malaysia akan menerajui lembaran baharu di bawah "Visi Komuniti ASEAN 2045" yang menggariskan hala tuju masa depan bersama blok itu untuk dua dekad akan datang.
Beliau turut menggariskan kepentingan penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN, dengan menyatakan bahawa keanggotaan negara itu bukan sahaja akan meningkatkan potensi ekonomi ASEAN tetapi juga menyumbang kepada merealisasikan wawasan jangka panjang kumpulan itu.
Malaysia sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Malaysia
#Kepengerusian ASEAN
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan