KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan hari ini, 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.
Menurutnya, pemilihan tema tersebut dibangunkan menerusi kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 orang pakar dalam pelbagai bidang.
Tema itu juga, katanya, mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
“Tema ini turut didukung dengan konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan.
“Ia berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.
“Seiring dengan aspirasi tersebut, logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tema dan Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, di sini.
Menurut Fahmi, pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.
Logo itu juga mengandungi warna asas Jalur Gemilang, selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.
“Saya menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo dan tema HKHM.
“Ia adalah sebagai tanda cinta kita kepada negara, melalui apa jua platform, bagi membantu usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM 2023,” ujarnya.
Sementara itu, pada sidang media selepas majlis pelancaran, Fahmi berkata, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos manakala Hari Malaysia di Kuching pada 16 September.
Ridauddin Daud
Sat May 27 2023

Fahmi (tiga, kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Tema dan Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Astro AWANI

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

PM Kanada isytihar Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata.

Telegram enggan beri kerjasama kepada Kerajaan Malaysia - Fahmi
Pihak Telegram dipanggil kerana kementeriannya menerima banyak aduan berhubung salah guna platform tersebut termasuk melibatkan penipuan dalam talian.

'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' tema Hari Kebangsaan 2023
Logo Malaysia Madani juga akan menjadi logo rasmi sambutan Hari Kebangsan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Pelancaran awal logo, tema Hari Kebangsaan mudahkan persiapan
Tarikh pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2023 yang diawalkan pada Sabtu ini, bertujuan memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk membuat persiapan rapi sambutan.

Pelancaran serentak logo, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Sabtu ini
Pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia akan diadakan serentak di Kota Kinabalu, Kuching dan KLCC pada hari Sabtu ini.

Myanmar umum pengampunan bagi 5,774 banduan sempena Hari Kebangsaan
Bekas menteri, artis dan empat warga asing turut diberikan pengampunan pada Hari Kebangsaan.

Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung
Penyedia perkhidmatan bas henti-henti Panorama Melaka menyediakan bas percuma kepada pengunjung untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.

JASA: Sebuah apresiasi buat pahlawan tanah air
U Mobile terus menyemarakkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan menampilkan filem pendek bertajuk JASA.

IBU, Kisah Seorang Tokoh Kemerdekaan: Adiwira tidak didendang diadaptasi dalam seni wayang kulit
Ia diceritakan melalui kaca mata anak perempuannya, Fadzilah Amin atau Tok Lah menggunakan format animasi penceritaan yang terawal di negara ini, iaitu wayang kulit.

Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun
Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.