awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia maju dan membangun di bawah naungan Agong - Komuniti Diplomat

Bernama
Bernama
05/06/2023
07:25 MYT
Malaysia maju dan membangun di bawah naungan Agong - Komuniti Diplomat
Salas berkata pemerintahan Al-Sultan Abdullah sentiasa dilandasi kebijaksanaan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat Malaysia. -Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang luar biasa, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Dekan Kor Diplomatik di Malaysia Manuel Balaguer Salas, yang juga Duta Argentina ke Malaysia berkata pemerintahan Al-Sultan Abdullah sentiasa dilandasi kebijaksanaan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat Malaysia.
Selain itu, beliau berkata kepimpinan Seri Paduka juga telah memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara di seluruh dunia, sekali gus dapat memupuk kerjasama, persefahaman dan saling menghormati.
"Kami berterima kasih atas usaha Baginda yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan menjangkaui sempadan," katanya dalam ucapan mewakili Kor Diplomatik di Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara, di sini hari ini.
Salas berkata semasa pemerintahan Al-Sultan Abdullah sejak Januari 2019, Malaysia telah diuji dengan pelbagai fasa politik yang mencabar.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Seri Paduka telah menunjukkan keyakinan dan ketetapan yang tinggi untuk kekal mendukung prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat cabaran lain pada masa depan seperti kelembapan ekonomi dunia, perubahan iklim, migrasi, keselamatan siber, kemiskinan, kecerdasan buatan dan keselamatan antarabangsa.
"Dalam hal ini, komuniti diplomatik di Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Tuanku, kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia," katanya.
Sebelum mengakhiri ucapan, Salas menyampaikan ucapan daripada Kor Diplomatik di Malaysia, semoga Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan dikabulkan segala aspirasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Manuel Balaguer Salas
#Duta Argentina ke Malaysia
#Komuniti Diplomat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan