awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia manfaat AI, kenal pasti transaksi wang dicurigai melalui NFP - Gabenor BNM

Bernama
Bernama
20/08/2024
10:48 MYT
Malaysia manfaat AI, kenal pasti transaksi wang dicurigai melalui NFP - Gabenor BNM
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri) melakukan gimik Pelancaran National Fraud Portal hari ini. Turut kelihatan, Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour (dua kanan). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dilancarkan hari ini sedang ditambah baik bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) dapat digunakan bagi mengenal pasti transaksi mencurigakan melalui analisis ramalan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata antara ciri utama NFP adalah reka bentuk modular yang membolehkan penambahbaikan berterusan dilaksanakan pada masa hadapan terhadap infrastruktur asas yang sedia ada.
Menurutnya, walaupun data menunjukkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa penipuan kewangan secara keseluruhannya agak kecil berbanding jumlah transaksi kewangan domestik, Malaysia perlu lebih peka mengenal pasti dan mengatasi ancaman ini.
Abdul Rasheed berkata langkah ini bagi memastikan keyakinan terhadap sistem kewangan negara sentiasa terpelihara memandangkan penjenayah siber akan terus mengeksploitasi teknologi untuk mengembangkan taktik mereka.
"Perjalanan kita untuk memerangi penipuan masih panjang dan berliku. Dalam kita mengorak langkah ke hadapan, saya ingin menegaskan mengenai tiga tema utama ke arah usaha kita untuk memerangi penipuan kewangan," katanya dalam ucaptama semasa pelancaran NFP di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Portal Fraud Kebangsaan
#kecerdasan buatan
#transaksi mencurigakan
#Bank Negara Malaysia
#Abdul Rasheed Ghaffour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan