KUALA TERENGGANU:Kementerian Kesihatan belum menerima sebarang laporan penularan varian baharu virus COVID-19 dari United Kingdom (UK) di Malaysia, yang dikatakan merebak lebih cepat dan meluas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sekiranya terdapat laporan berkaitan virus berkenaan, jujukan genom akan dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran varian selain mengambil tindakan mencegah perebakannya.
"Malaysia masih belum buka sempadan negara sepenuhnya kerana kita bimbang kes-kes COVID-19 dari luar negara seperti ini berlaku. Setakat ini, beberapa negara seperti Arab Saudi dan Jerman telah menggantung penerbangan dari United Kingdom disebabkan varian baharu virus itu.
"Dulu, Malaysia pernah berdepan dengan Kluster Sivagangga yang mana mutasi jenis D614G itu menyebabkan COVID-19 lebih mudah berjangkit ... sebab itu, kawalan sempadan negara sangat penting ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian baharu itu atau nama saintifiknya VUI 202012/01 didapati mempunyai tahap jangkitan lebih tinggi iaitu sebanyak 20 peratus.
Sementara itu, Dr Adham memuji tindakan pantas serta kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu dan petugas barisan hadapan negeri itu dalam mengasing dan merawat individu dikesan positif COVID-19 serta kontak rapat pesakit.
"Tindakan itu sangat berkesan dalam mengawal COVID-19 di Terengganu dan tahap pematuhan penduduk juga sangat baik. Program Pengurangan Risiko Daerah (DRCP) yang dijalankan juga terbukti berjaya memastikan tiada zon merah COVID-19 di Terengganu setakat ini.
"Program COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) dan Kospen (Komuniti Sihat Perkasa Negara) juga digerakkan untuk mendidik komuniti agar terus mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan COVID-19 secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020
Sekiranya terdapat laporan berkaitan virus berkenaan, jujukan genom akan dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran varian selain mengambil tindakan mencegah perebakannya. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
PRU15: UMNO yakin kekal tiga kerusi deposit di Johor - Dr Adham
Kerusi Parlimen Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang, yang merupakan kawasan deposit tetap UMNO diyakini kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: 'Saya orang parti, penting untuk sokong calon baharu' - Dr Adham Baba
Jelas Dr Adham, sebagai orang parti, adalah penting untuk pemimpin menyokong calon muka baharu dalam memastikan kemenangan BN.
PRU15: Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon PRU15: "Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu.
PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.
MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.
Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.