KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum mencapai kata putus mengenai Artikel 6 Perenggan 2 di bawah Perjanjian Paris kerana dibimbangi menjejaskan komitmen Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang telah ditetapkan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata di bawah pasaran karbon, negara anggota Perjanjian Paris yang mahu capai sasaran NDC boleh menjalin kerjasama perdagangan karbon kredit secara dua hala dengan negara lain.
"Kita (Malaysia) masih dalam proses mencapai persetujuan berkenaan Artikel 6 Perenggan 2 Perjanjian Paris di Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP 28) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).
"Mengapa kita sedang teliti perkara ini? Kalau di bawah NDC, ia akan menjejaskan komitmen negara. Justeru, ia memberi kesan kepada kepada Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata kerajaan menyokong sepenuhnya pasaran karbon sebagai satu kaedah untuk mengimbangi pelepasan gas rumah hijau (GHG) negara.
Di peringkat domestik, Malaysia telah melancarkan Bursa Carbon Exchange bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi shariah, pertama seumpamanya di dunia.
"Perenggan 4 di bawah Perjanjian Paris membenarkan urus niaga antara entiti-entiti swasta dan kita melihat ini tidak menjejaskan NDC dan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Pada Jun lepas, Perdana Menteri berkata Malaysia telah menyemak NDC untuk mengurangkan keamatan (intensity) pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2005 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab negara terhadap sasaran iklim global secara keseluruhan.
Usaha ke arah mencapai NDC juga telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 - 2040.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
Malaysia masih teliti Artikel 6 Perjanjian Paris - Nik Nazmi
Malaysia masih belum mencapai kata putus mengenai Artikel 6 Perenggan 2 di bawah Perjanjian Paris kerana dibimbangi menjejaskan komitmen Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) yang telah ditetapkan.
Keputusan dalam UNFCCC COP-26 penting untuk pelaksanaan Perjanjian Paris - Tuan Ibrahim
KASA mengalu-alukan keputusan yang dipersetujui di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26).
COP26: Malaysia sokong Ikrar Metana Global, sasar pelepasan GHG sifar pada 2050 - Tuan Ibrahim
Malaysia bersetuju untuk menyokong ikrar Global Metana dan Deklarasi Pemimpin di Glasgow mengenai Hutan dan Guna Tanah.
COP26: Pendekatan berbeza, misi yang sama capai sasaran Perjanjian Paris
Setiap negara perlu mengambil pendekatan yang berbeza dalam mengurangkan pelepasan karbon ke ruang atmosfera.
Trump tetap tolak Perjanjian Paris, sifatkannya 'bunuh' ekonomi Amerika
Presiden Donald Trump mempertahankan keputusannya untuk memastikan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
China sasar henti keluar karbon dioksida tambahan menjelang 2060
Komitmen China ini dianggap langkah signifikan buat pengeluar gas hijau terbesar dunia itu.
Manfaatkan sektor tenaga baharu, wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan - Yeo Bee Yin
Perlu wujudkan ekosistem baharu serta peluang pekerjaan berdasarkan tenaga baharu, sediakan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang
Kertas Putih oleh Petronas tingkatkan usaha ke arah capai Perjanjian Paris - Tun M
Petronas menerajui kajian menyeluruh industri dengan pelbagai agensi dalam usaha mewujudkan Kertas Putih Minyak, Gas, Tenaga dan Alam Sekitar bagi Landskap Tenaga Masa Depan Malaysia.