KUALA LUMPUR: Seramai empat pemain naturalisasi dan tujuh pemain kacukan beraksi untuk skuad bola sepak Malaysia dalam Kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.
Begitupun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Menurutnya, fokus utama adalah kepada anak muda berusia tujuh hingga 17 tahun yang kini terlibat dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara sejak 2014.
"Program ini telah diselaraskan dengan pelan jangka panjang bola sepak Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikenali sebagai F30.
“Sehingga kini, program pembangunan bola sepak negara mempunyai seramai 16,228 pemain, 767 orang jurulatih daripada 63 Akademi Tunas, 63 pusat latihan daerah dan 14 buah sekolah sukan negeri.
“Selain itu, kita juga mempunyai sebuah sekolah sukan Malaysia dan sebuah Akademi Bola Sepak Malaysia Mokhtar Dahari (AMD),” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata FAM telah menghentikan buat sementara program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan.
Adam Adli menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH - Tebrau) yang ingin tahu jumlah pemain diberi kewarganegaraan bagi mewakili Malaysia dalam Piala Asia baru-baru ini dan usaha FAM memajukan sukan itu termasuk sama ada dasar naturalisasi diteruskan.
Ridauddin Daud
Mon Mar 04 2024
Fokus utama KBS adalah kepada anak muda berusia tujuh hingga 17 tahun yang kini terlibat dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara sejak 2014. - Gambar fail/Stadium Astro
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
Kembara JOM platform dapatkan maklum balas, pandangan belia
Program Kembara JOM juga bagi meraikan aktiviti, mempromosi gaya hidup Rakan Muda dan sesi temu rapat bersama pertubuhan belia.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.
22 pembaharuan KBS tercapai dalam tempoh sembilan bulan - Adam Adli
Pembaharuan itu meliputi empat aspek utama iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti milik KBS.
Idealisme perjuangan AMK tidak boleh lagi sekadar lontaran suara dan desakan - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata semua anggota AMK perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah dan terdapat realiti baharu yang harus dihadam bersama.
KBS sasar 100,000 belia sertai Sekolah Rukun Negara
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan 100,000 peserta dalam Program Sekolah Rukun Negara.