NATIONAL
Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini. - Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.
Ringkasan AI
- Malaysia komited memastikan tiada eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap pekerja Bangladesh di negara ini.
- Kedua-dua negara bincang isu pengurusan pekerja asing dan usaha menurunkan kos migrasi.
- Malaysia mahu jadi destinasi pekerjaan beretika dengan jaminan perlindungan sosial dan latihan untuk pekerja asing.
Saifuddin berkata beliau turut merakamkan ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan kerajaan Bangladesh yang berterusan dalam usaha memperkemaskan pengurusan pekerja asing di Malaysia.
Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi kenyataan di laman X berkata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong juga membincangkan pelbagai isu penting berkaitan kebajikan dan pengurusan pekerja asing, khususnya dari Bangladesh ketika menerima kunjungan Asif di kementerian itu.
KESUMA memaklumkan kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan ekosistem pekerjaan yang selamat, adil dan menghormati hak pekerja.
"Sim menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menjadi destinasi pekerjaan yang beretika, dengan memastikan akses pekerja asing kepada perlindungan sosial, kebajikan dan latihan kemahiran, selaras dengan teras Ihsan, keadilan dan kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami