awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia pamer kepimpinan ASEAN dalam pertumbuhan digital, keamanan serantau -Teo

Bernama
Bernama
29/07/2025
11:15 MYT
Malaysia pamer kepimpinan ASEAN dalam pertumbuhan digital, keamanan serantau -Teo
Teo berkata satu pencapaian penting bagi Malaysia apabila Anwar berjaya menjadi perantara dalam perjanjian damai di antara Thailand dengan Kemboja. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bukan sahaja mengambil langkah berani dalam bidang digital sebaliknya mempamerkan kepimpinan diplomatik yang berkesan dalam keamanan dan kestabilan serantau, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata satu pencapaian penting bagi Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi perantara dalam perjanjian damai di antara Thailand dengan Kemboja berhubung pertikaian sempadan yang membawa kepada gencatan senjata serta-merta selain tanpa syarat.
"Pencapaian ini mengukuhkan komitmen Malaysia kepada keutamaan ASEAN dalam membantu perdagangan dan inovasi dengan memastikan Asia Tenggara kekal sebagai zon keamanan, kebebasan dan berkecuali.
"Ia juga mencerminkan jenis kepimpinan yang ingin kita bawa ke hadapan iaitu kepimpinan yang menggabungkan kemajuan teknologi dan solidariti serantau dengan pengiktirafan iaitu kejiranan yang stabil penting untuk kemakmuran bersama," katanya.
Dengan kemajuan pesat teknologi digital dan perubahan industri global, Teo menekankan iaitu Malaysia kekal komited bagi memastikan ekosistem komunikasi dan multimedia yang selamat, cekap selain inovatif melalui penguatkuasaan peraturan serta piawaian teknikal di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Di bawah akta ini, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperkenalkan piawaian teknikal bagi memastikan semua peralatan komunikasi dan perkhidmatan digital di negara ini mematuhi tahap keselamatan, kebolehoperasian dan kebolehpercayaan yang tinggi.
"Pendekatan ini bukan sahaja melindungi kepentingan pengguna dan infrastruktur rangkaian negara, malah memastikan infrastruktur serta perkhidmatan digital negara sejajar dengan penanda aras antarabangsa," katanya.
Ramssol Group Bhd (Ramssol) dengan kerjasama Equinix dan Tencent Cloud menganjurkan persidangan hari ini bagi memperkenalkan penyelesaian terkini berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan awan daripada Tencent Cloud kepada pasaran Malaysia, melalui anak syarikatnya Rams Solutions.
Ramssol dalam satu kenyataan berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membantu syarikat korporat tempatan dan perniagaan runcit bagi mengintegrasikan teknologi AI serta awan canggih dari China sekali gus meningkatkan kecekapan operasi serta membolehkan pengalaman pelanggan dipacu data.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#gencatan senjata
#ASEAN
#teknologi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan