MALAYSIA
Malaysia perkukuh kerjasama dengan UNDRR dalam pengurangan risiko bencana global

Malaysia komited untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama UNDRR dalam usaha mempertingkat kesiapsiagaan dan ketahanan terhadap bencana di peringkat global. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pengurangan Risiko Bencana (UNDRR) dalam usaha mempertingkat kesiapsiagaan dan ketahanan terhadap bencana di peringkat global.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan komitmen Malaysia untuk bekerjasama dengan UNDRR dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan ketahanan menghadapi bencana, termasuk cadangan Akta Pengurangan Risiko Bencana Nasional.
- Ahmad Zahid turut berkongsi pengalaman negara menghadapi banjir besar hujung 2024 dan menekankan keperluan perancangan jangka panjang serta sistem amaran awal yang lebih pintar.
- Malaysia juga menyatakan kesediaan memainkan peranan lebih besar dalam kerangka ASEAN apabila mempengerusikan blok itu pada 2025, khususnya dalam pengurusan dan kesiapsiagaan bencana.
Ahmad Zahid berkata turut dibincang potensi pewujudan Akta Pengurangan Risiko Bencana Nasional, pembangunan sistem amaran awal lebih pintar, pemetaan risiko banjir lebih tepat serta pelaburan strategik dalam pendidikan dan kesedaran komuniti.
Beliau turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam mendepani bencana banjir besar pada akhir 2024 yang menjejaskan lebih 150,000 penduduk di sembilan negeri dan menekankan kepentingan perancangan jangka panjang selain langkah pencegahan berasaskan sains serta data.
Ahmad Zahid juga berkata Kamal Kishore memuji inisiatif pantas Malaysia melalui pasukan SMART dalam misi kemanusiaan serta operasi mencari dan menyelamat di Myanmar baru-baru ini yang mencerminkan kepimpinan negara dalam konteks ASEAN.
Beliau berkata Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan lebih besar dalam kerangka kerjasama serantau melalui Perjanjian ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan semasa mempengerusikan ASEAN pada 2025 khususnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta ketahanan bencana di rantau ini.
"Insya-Allah, melalui perkongsian pintar bersama UNDRR dan rakan-rakan global, kita akan terus berusaha memastikan bahawa dasar-dasar negara ini mampu melindungi nyawa, memelihara kesejahteraan rakyat dan membina masa depan yang lebih berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami