BANGKOK: Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke rantau ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan itu masih di peringkat awal perbincangan dan Malaysia perlu mendapatkan lebih maklumat mengenainya.
Beliau berkata Thailand ingin mendapatkan peluang yang bakal hadir daripada gabungan enam negara ASEAN yang mempunyai potensi dalam pelancongan dan ekonomi.
"Tapi Malaysia sentiasa mencari keseimbangan dari aspek potensi ekonomi dan kepentingan mempertahankan isu keselamatan negara," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin sebelum ini mencadangkan inisiatif visa jenis "Schengen" atau bersama dengan Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar dan Vietnam bagi merancakkan lagi industri pelancongan di keenam-enam negara itu yang menerima ketibaan pelancong asing berjumlah 70 juta orang pada tahun 2023.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata pihaknya sedang membuat beberapa cadangan kepada China supaya memanjangkan visa pelancong bagi rakyat Malaysia kepada 30 hari daripada 15 hari sekarang.
Katanya, cadangan itu akan diusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu untuk persetujuan.
Sejak 1 Dis lepas, Malaysia telah melaksanakan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China, manakala Kerajaan China juga telah memberi pengeculian visa selama 15 hari untuk pengembara dari Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Saifuddin berkata cadangan itu masih di peringkat awal perbincangan dan Malaysia perlu mendapatkan lebih maklumat mengenainya. - Foto Astro AWANI
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.