Sejumlah 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa didapati menghidap diabetes pada 2015, yang merupakan jumlah keempat tertinggi penghidap penyakit itu di Asia.
Apa yang lebih membimbangkan angka itu meningkat secara berterusan sejak 2006 berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, kata Setiausaha Agung Kehormat Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 2006, 1.9 juta orang dewasa daripada 26.3 juta rakyat Malaysia didapati menghidap penyakit ini dan pada 2011 angka itu meningkat kepada tiga juta daripada 28.3 juta penduduk dan meningkat 500,000 lagi dalam 2015 sementara jumlah rakyat negara ini meningkat kepada 30.3 juta pada tahun yang sama.
"Ia satu angka yang sangat membimbangkan kerana semakin ramai golongan muda menghidap diabetes dan ini akan menjejaskan produktiviti negara. Selain itu kos rawatan bagi penyakit itu juga tinggi," katanya.
Rahimah menggesa supaya perubahan segera dilakukan oleh semua pihak, terutamanya ibu bapa yang menurut beliau mampu membantu anak-anak mereka hidup dengan gaya hidup yang lebih sihat.
"Kita ada makanan yang enak di sini, saya tahu ia adalah yang paling sukar diubah untuk makanan yang sihat. Selain makanan, tolong jadikan rutin seharian setiap orang berjalan selama 45 minit sehari," katanya.
Sementara itu, beliau berkata bersempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut di seluruh dunia setiap 14 Nov, persatuan itu akan menganjurkan pelbagai program dengan kerjasama beberapa pihak.
Ini katanya termasuk ceramah, jalan kaki kebajikan, saringan kesihatan dan demonstrasi masakan makanan sihat.
Beliau berkata seperti tahun-tahun sebelumnya Menara KL di sini akan dipasang lampu bercahaya biru pada Ahad dan Isnin ini sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai diabetes. -- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2016
Apa yang lebih membimbangkan angka itu meningkat secara berterusan sejak 2006 berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.