NEW DELHI: Malaysia mensasarkan untuk mengurangkan kadar penghuni penjara sebanyak dua pertiga dalam tempoh lapan tahun akan datang dengan beralih kepada inisiatif khidmat komuniti, kata Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.
Tumpuan diberi terhadap khidmat komuniti sebagai sebahagian daripada objektif Malaysia mengurangkan populasi penjara dan menyokong pemulihan mereka yang disabitkan dengan kesalahan tidak serius.
"Pada masa hadapan, menjelang 2030, dua pertiga banduan yang disabitkan bersalah harus menjalani khidmat komuniti. Kemudahan penjara bertujuan untuk mereka yang terlibat dalam jenayah berat," kata Nordin kepada Bernama dalam satu temu bual di New Delhi.
Kira-kira 30 peratus daripada jenayah di Malaysia membabitkan kesalahan serius dan ganas.
Nordin berkata kadar bekas banduan pengulang laku jenayah yang tidak berpeluang jalani pemulihan di luar penjara adalah 15 peratus berbanding hanya 0.38 peratus bagi mereka yang menjalani khidmat komuniti.
"Fokus untuk masa depan kita lebih kepada pemulihan komuniti supaya kita boleh mengurangkan pengulang laku jenayah," katanya.
Untuk melindungi masyarakat dengan lebih baik, ideanya adalah untuk berubah daripada hukuman sebagai balasan kepada pemulihan, katanya.
Kemudahan penjara Malaysia pada masa ini menampung kira-kira 76,000 banduan berbanding kapasiti sedia ada sebanyak 66,000.
Inisiatif pemulihan dan penempatan semula Jabatan Penjara Malaysia termasuk skim pekerjaan di mana syarikat menawarkan pekerjaan dan penginapan kepada banduan yang layak di bawah pengawasan pegawai penjara.
Pada masa ini kira-kira 5,000 banduan mendaftar dalam skim pekerjaan dengan pelbagai syarikat.
"Dijangka sasaran sebanyak 10,000 banduan menyertai inisiatif itu dapat dicapai menjelang 2023. Kerajaan akan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM500 bagi setiap banduan," kata Nordin.
Bercakap mengenai kemudahan penjagaan kesihatan untuk banduan, beliau berkata perkhidmatan asas hampir sama dengan yang ada di luar tetapi Jabatan Penjara sedang mencari cara untuk meningkatkan akses kepada rawatan perubatan pakar.
Semasa lawatannya ke New Delhi minggu lalu, beliau melawat penjara besar Tihar di ibu negara India itu dan bertukar pandangan dengan Ketua Pengarah Penjara Delhi Sandeep Goel mengenai isu seperti pengurusan banduan dan pemulihan.
Nordin berkata Malaysia dan India bersedia untuk berkongsi amalan terbaik mereka dalam pengurusan penjara.
"Pegawai India boleh berkunjung ke Akademi Koreksional Malaysia di Langkawi untuk jalani latihan dan pegawai Malaysia juga boleh melawat penjara India untuk belajar dan merasai pengalaman kerja dan prosedur kerja dalam bidang keselamatan dinamik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Kemudahan penjara Malaysia pada masa ini menampung kira-kira 76,000 banduan berbanding kapasiti sedia ada sebanyak 66,000. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Jabatan Penjara tumpu pemulihan berimpak tinggi menerusi CHCDC
Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata, tetapi turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Penjara pelawa NGO beri khidmat kaunseling kepada penghuni
Jabatan Penjara menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam memberikan khidmat kaunseling kepada penghuni yang menjalani hukuman penyalahgunaan dadah.
Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender
Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.
Banduan penjara zon merah dipindah ke zon hijau atasi kesesakan
Jabatan Penjara melaksanakan pemindahan penempatan banduan bagi penjara yang dikategorikan zon merah atau kuning.
Jabatan Penjara perkasa program, sistem bagi tangani kesesakan
Jabatan Penjara akan memperkasakan lagi program dan sistem kendaliannya sebagai usaha menangani isu kesesakan di dalam penjara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti
Bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.
Jabatan penjara benar lawatan keluarga sempena perayaan Tahun Baharu Cina
Keluarga kepada penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenar melawat sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina.