KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam ucapan intervensi pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi ke-150 di Geneva, Switzerland, Khairy berkata Malaysia mengalu-alukan Hala Tuju Pelaksanaan itu kerana ia memberi panduan penting tentang program negara masing-masing dalam mencapai matlamat berkaitan NCD.
"Satu daripada pengajaran utama dipelajari dalam menguruskan pandemik COVID-19 ialah keberkesanan pendekatan seluruh negara.
"Begitu juga dalam mencegah dan mengawal NCD, kita memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat nasional dan subnasional dengan kerjasama pelbagai pihak melibatkan kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta dan masyarakat tempatan," katanya.
Teks ucapan dikeluarkan kepada Bernama hari ini.
Khairy berkata Malaysia ingin menyokong laporan mengenai deklarasi politik berkaitan pencegahan dan kawalan NCD.
"Walaupun adalah luar biasa untuk meletakkan begitu banyak sub-item agenda di bawah satu perkara, terutama apabila NCD menyumbang kepada beban penyakit terbesar dunia, Malaysia memperakui masa yang diperuntukkan untuk membincangkan perkara penting itu," katanya.
Mengenai Agenda Kesihatan Nasional yang dilancarkan baru-baru ini, Khairy berkata ia melangkaui program promosi kesihatan biasa kerana kerajaan mahu ia menghasilkan pendekatan 'Kesihatan dalam Semua Polisi' yang mana setiap pemegang taruh mengutamakan kesihatan selain menggalakkan pelbagai kementerian untuk memikirkan sumbangan mereka kepada agenda kesihatan negara.
"Bagaimana persekitaran terbina dan perancangan bandar boleh membawa kepada hasil kesihatan yang baik? Bagaimanakah dasar pertanian meningkatkan kemampuan makanan sihat? Bagaimanakah kita bercakap mengenainya dan bertindak berdasarkan penentu sosial hasil kesihatan? Pendekatan 'Kesihatan dalam Semua Polisi' adalah penting untuk hasil yang lebih baik bagi mencegah dan mengawal NCD," katanya.
Malaysia turut bersetuju dengan fokus WHO terhadap penglibatan semua sektor masyarakat, dan Khairy berkata selepas dua tahun dimaklumkan apa yang perlu dilakukan, penduduk memerlukan penglibatan yang membina dan pemerkasaan komuniti untuk menyokong agenda seluruh negara bagi mencegah dan mengawal NCD.
"Disebabkan kewujudannya di mana-mana, kami mempunyai akibat tidak diingini daripada pendaftaran seluruh penduduk pada platfrom digital. Kami sedang memikirkan cara menggunakan semula platform digital yang berkuasa ini untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan bagi NCD dan kesihatan mental, terutama di peringkat penjagaan kesihatan primer," kata Khairy.
Sebagai rekod, beliau berkata Malaysia menyokong saranan untuk mengukuhkan pencegahan dan kawalan diabetes serta mencegah dan mengurus obesiti sepanjang hayat, Draf Strategi Global Kesihatan Pergigian, resolusi untuk mempercepat penghapusan kanser serviks dan bersetuju untuk Pelan Tindakan Global Antara Sektoral mengenai Epilepsi dan Gangguan Neurologi Lain.
Khairy berkata Malaysia turut meminta agar kesihatan mental menjadi agenda utama pada masa depan kerana perkara itu patut diberi perhatian oleh WHO, terutama selepas pandemik.
Seperti beberapa Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain, beliau berkata Malaysia berharap untuk meluluskan satu undang-undang pada tahun ini yang akan membawa kepada generasi tidak merokok.
"Ia dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005 dan Malaysia merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal NCD," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Khairy berkata Malaysia mengalu-alukan Hala Tuju Pelaksanaan itu kerana ia memberi panduan penting tentang program negara masing-masing dalam mencapai matlamat berkaitan NCD. - Foto KKM
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
[KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara
DI TENGAH-TENGAH cabaran global yang kian meningkat, isu kecukupan makanan menjadi keutamaan bagi setiap negara, termasuk Malaysia.
Pelan strategik perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras - Ahmad Zahid
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia akan memberi fokus kepada antaranya mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan.
Perlu tambahan 4,000 perjawatan dalam Pelan Strategik Maritim Malaysia 2040
Selain faktor keluasan perairan dan pencerobohan nelayan asing, penambahan perjawatan diperlukan supaya seiring dengan pertambahan aset agensi.
Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 dilulus.
Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO
Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan WHO.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.
MAHB kemuka pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang kepada kerajaan
Pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan.
Kejayaan berpotensi cetus polemik perebutan kuasa - Sultan Nazrin
Baginda bertitah kejayaan juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai polemik perebutan kuasa sehingga mengheret kepada berlakunya krisis kepimpinan.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Pelan strategik Kementerian Luar Negeri 2016-2020 dilancar Isnin ini
Pelan strategik Kementerian Luar dalam menentukan hala tuju dasar luar negara menjelang 2020 akan dilancarkan Isnin ini, menurut kenyataan Wisma Putra malam tadi.