awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia seru adakan dialog inklusif demi keamanan dan kestabilan di Syria

Bernama
Bernama
09/12/2024
14:27 MYT
Malaysia seru adakan dialog inklusif demi keamanan dan kestabilan di Syria
Pentadbiran 61 tahun Parti Baath di Syria berakhir pada Ahad selepas ibu kota Damsyik tidak lagi dikawal kerajaan. - AP
PUTRAJAYA: Malaysia menggesa semua pihak berkaitan untuk melibatkan diri dalam dialog inklusif dan konstruktif bagi membuka jalan ke arah pemulihan serta memastikan keamanan dan kestabilan jangka panjang di Syria.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menegaskan sokongan Malaysia terhadap hak rakyat Syria untuk menentukan masa depan mereka selaras dengan aspirasi yang sah.
Kementerian itu turut berkata Malaysia sedang memantau rapat perkembangan di Syria dan menekankan keperluan mendesak untuk penyelesaian yang mampan berdasarkan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan.
"Malaysia percaya dengan melindungi institusi nasional utama serta kebajikan dan kepentingan rakyat Syria perlu menjadi keutamaan dalam tempoh peralihan ini, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Syria," menurut kenyataan itu.
Pentadbiran 61 tahun Parti Baath di Syria berakhir pada Ahad selepas ibu kota Damsyik tidak lagi dikawal kerajaan.
Presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad dan keluarganya dilaporkan melarikan diri ke Moscow pada Ahad di mana Rusia menawarkan mereka perlindungan, menurut laporan Agensi Anadolu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#dialog keamanan
#Malaysia
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan