Malaysia dan Singapura akan mempertingkatkan kerjasama di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan manusia dan kenderaan yang tinggi, dalam usaha menangani penularan jangkitan COVID-19.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan rakan sejawatannya Vivian Balakrishnan, berhubung Tambak Johor yang mengendalikan 250,000 pergerakan setiap hari.
"Saya berharap pegawai di kedua-dua negara akan berhubung dan mempertingkatkan kerjasama menangani penularan COVID-19 di Tambak yang mempunyai pergerakan tinggi.
"Kalau kita tidak buat betul-betul (kerjasama), ia akan 'bocor' (penularan jangkitan COVID-19). Oleh sebab itu, kita perlu menjaga Tambak secara bersama," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus (COVID-19) di Vientiane pada Khamis.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin.
Dalam mesyuarat itu, satu video yang menunjukkan sokongan negara-negara ASEAN terhadap China dalam memerangi penularan wabak COVID-19 di negara itu, telah dipertontonkan.
Saifuddin berkata anggota-anggota negara ASEAN turut menyatakan keyakinan, bahawa China akan berjaya menangani wabak COVID-19.
"Dalam perjumpaan hari ini, ASEAN turut menawarkan bantuan untuk membantu China, mengatasi masalah (itu)," katanya.
Saifuddin berkata mesyuarat hari ini menandakan satu komitmen antara negara-negara anggota ASEAN untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan kerjasama, termasuk dalam bidang kesihatan dalam usaha memerangi virus itu.
Beliau berkata penularan wabak itu dijangka akan berlanjutan beberapa minggu lagi dan semua anggota ASEAN dan China setuju merangka strategi, untuk mengurangkan impak ekonomi negara anggota berikutan penularan COVID-19.
"Kita faham virus ini akan berlanjutkan beberapa bulan. Maka, kita perlu mengatasi (cabaran) ekonomi (dihadapi) negara-negara (ASEAN) khususnya dalam bidang pelancongan," katanya.
"Kita perlu ada satu kesefahaman bersama khususnya dalam usaha menghadkan kemasukan pelancong. Tidak ada gunanya sebuah negara tegas manakala satu lagi tidak," katanya.
Sementara itu, Wang Yi turut melahirkan penghargaan terhadap pemimpin dan rakyat ASEAN kerana bersama negara itu dalam menangani penularan wabak COVID-19.
"China menghargai persabahatan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Jelas Saifuddin, beliau telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan rakan sejawatannya Vivian Balakrishnan, berhubung Tambak Johor yang mengendalikan 250,000 pergerakan setiap hari. -Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.