Malaysia menghantar kira-kira 20.9 juta keping sarung tangan perubatan kepada lima negara Afrika yang terjejas oleh virus Ebola yang boleh membawa maut.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Malaysia akan menghantar 11 kontena, setiap satunya mengandungi 1.9 juta keping sarung tangan perubatan diperbuat daripada getah.
Liberia, Sierra Leone dan Guinea, masing-masing akan menerima tiga kontena manakala Nigeria dan Republik Demokratik Congo, masing-masing akan menerima satu kontena, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan barangan itu kepada wakil negara berkenaan di sini hari ini.
Antara yang hadir untuk menerima sumbangan itu daripada Najib ialah Pesuruhjaya Tinggi Nigeria, Bello Sheuhu Ringim, Pesuruhjaya Tinggi Guinea, Dr Aloha Diallo dan Duta Republik Demokratik Congo, Francios Balumuene.
"Beberapa daripada negara yang terjejas telah merayu bantuan daripada negara lain dalam usaha mereka menangani Ebola dan pakar perubatan menyatakan kekurangan sarung tangan perubatan diperbuat daripada getah merupakan masalah utama dalam usaha memerangi wabak itu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memetik jurucakap kerajaan Malaysia sebagai berkata perdana menteri amat prihatin dan bimbang tentang wabak Ebola yang telah meragut banyak nyawa.
"Malaysia boleh membuat sumbangan unik dan penting dalam usaha memerangi wabak Ebola kerana kami merupakan pengeluar terbesar sarung tangan getah. Kami berharap sumbangan ini akan dapat mencegah penularan Ebola dan menyelamatkan nyawa," kata jurucakap itu.
Sebanyak 13 syarikat menyumbang bagi tujuan itu. Syarikat berkenaan mendapatkan bahan mentah berkenaan daripada empat syarikat perladangan iaitu Sime Darby, Felda, Kuala Lumpur Kepong, Top Glove dan IOI Group.
Sarung tangan getah itu akan dihantar dari Pelabuhan Klang ke pelabuhan utama setiap negara berkenaan.
Sementara itu, pesuruhjaya dan duta yang hadir pada hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menyumbangkan sarung tangan perubatan sebagai respons terhadap wabak Ebola yang menular dengan pantas.
Balumuene mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memaparkan tanda persahabatan dengan menyumbangkan sarung tangan perubatan itu.
"Langkah ini akan dapat membantu negara yang terjejas," katanya.
Pengerusi Top Glove Corporation Bhd, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Tan Sri Lim Wee Chai berkata sumbangan bernilai RM1.8 juta itu akan dihantar mulai minggu depan.
"Kami akan menghantarnya dengan kapal kepada kementerian kesihatan setiap negara berkenaan. Ia akan sampai dalam masa enam minggu," katanya.
Sementara itu, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata sumbangan itu menandakan keprihatinan dan keikhlasan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada negara dan rakyatnya yang terjejas oleh wabak bahaya itu.
"Ia mencerminkan hubungan dua hala akrab dan kerjasama baik antara Malaysia dengan kelima-lima negara itu," katanya.
Wisma Putra berkata Afrika Barat dilanda demam berdarah dan berjangkit yang dikenali sebagai Penyakit Virus Ebola (EVD) itu sejak Mac tahun ini.
Katanya virus itu yang mula dikesan di kawasan Forest di tenggara Republik Guinea telah merebak menjadi wabak di rantau Afrika Barat terutamanya di Guinea, Liberia dan Sierra Leone, Nigeria dan baru-baru ini di Republik Demokratik Congo.
Jumlah keseluruhan kes EVD di negara terjejas setakat 14 Sept adalah 4,453 kes termasuk 2,263 kematian.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Bernama
Mon Sep 15 2014
Malaysia akan menghantar 11 kontena, setiap satunya mengandungi 1.9 juta keping sarung tangan perubatan diperbuat daripada getah - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.
Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.
COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.