awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
10 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel terhadap gudang bantuan di Gaza
MALAYSIA
Pesara guru rugi RM838,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
DUNIA
Menteri Pertahanan sangkal spekulasi kudeta tentera di Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia terajui agenda ASEAN mengenai perniagaan dan hak asasi manusia

Bernama
Bernama
30/06/2025
02:30 MYT
Malaysia terajui agenda ASEAN mengenai perniagaan dan hak asasi manusia
Bengkel itu diketuai oleh Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi AICHR untuk 2025. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi 2025, Malaysia akan menganjurkan bengkel serantau mengenai perspektif lensa gender dalam perniagaan dan hak asasi manusia di Kuala Lumpur mulai Isnin.
Bengkel dua hari itu akan membincangkan rangka kerja lensa gender serantau dalam menangani cabaran berasaskan gender, mengatasi diskriminasi struktur dan budaya, serta memperkukuh perlindungan hakasasi wanita dan kanak-kanak perempuan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan Ia juga akan meneliti pelaksanaan Prinsip Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia: Pelaksanaan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu "Melindungi, Menghormati dan Pemulihan", dengan penekanan terhadap kemajuan dan cabaran dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan behubung kesaksamaan gender, pekerjaan yang baikdan pertumbuhan ekonomi, serta pengurangan ketidaksamaan.
"Amalan-amalan baik dalam menangani cabaran dan halangan untuk mendapatkan penyelesaian yangberkesan berkaitan isu ini juga akan turut dikongsikan, selaras dengan matlamat AICHR untukmenyokong Negara-Negara Anggota ASEAN melalui syor kepada kerajaan dan perusahaanperniagaan untuk dipertimbangkan dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan amalan.
"Selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045, bengkel ini menyokong usaha pembangunan ASEAN yangterangkum dan mampan serta mengukuhkan kepimpinan Malaysia dalam memajukan agendaperniagaan dan hak asasi manusia yang lebih responsif," menurut kenyataan itu.
Bengkel itu diketuai oleh Wakil Malaysia ke AICHR, Edmund Bon Tai Soon. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi AICHR untuk 2025.
Program akan dimulakan dengan ucapan daripada Bon, Duta Jepun ke ASEAN Kiya Masahiko dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abdul Hamid.
Pengerusi Kumpulan Kerja PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Dr Pichamon Yeophantong akan menyampaikan ucaptama.
Program itu disokong bersama oleh Negara Anggota ASEAN melalui Dana AICHR, Kerajaan Jepun melalui Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), dan dengan kerjasama kementerian dan agensi Malaysia serta SUHAKAM.
Ia merupakan antara inisiatif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, mengukuhkan komitmen teguh negara terhadap hak asasi manusia dalam rangka kerja "Keterangkuman dan Kemampanan."
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#AICHR
#hak asasi manusia
#Edmund Bon Tai Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami