awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak akan biarkan keganasan berlaku - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
14/11/2015
13:02 MYT
Malaysia tidak akan biarkan keganasan berlaku - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankan banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.
Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.
Sambil mengutuk siri serangan di Paris pada Jumaat malam yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang, beliau berkata Malaysia terkejut dan amat sedih dengan serangan pengganas itu yang mengorbankan banyak nyawa di ibu negara Perancis itu.
"Malaysia mengutuk tindakan amat kejam ini dan menjadi dasar kita untuk tidak membiarkan atau bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan, sama ada di tanah air kita atau tempat lain di dunia.
"Ucapan takziah dan simpati kami kepada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam insiden penuh tragis ini. Kami juga mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga mangsa. Kita bersedih dengan penduduk Paris dan Perancis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanterasnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai para pemimpin lain mengutuk serangan itu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#keganasan
#militan IS
#serangan Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan