awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Pertahanan junjung titah Agong perangi rasuah tanpa kompromi
Lelaki Bangladesh ditahan cuba berlepas di KLIA dengan PLKS palsu - AKPS
Indonesia ubah ejaan rasmi 10 negara, Thailand kini dieja ‘Tailan’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak terburu-buru beli vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
03/09/2020
05:28 MYT
Malaysia tidak terburu-buru beli vaksin COVID-19
ADHAM: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berhubung dengan pihak pengeluar vaksin dan negara-negara yang sedang membangunkam vaksin berkenaan. - Gambar fail
Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin COVID-19 kerana ia mahu memastikan terlebih dahulu bahawa vaksin berkenaan benar-benar berkesan dan selamat digunakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa, dengan fasa terakhir adalah ujian ke atas manusia.
"Kita tunggu negara yang buat ujian klinikal seperti China yang membuat ujian di Emiriah Arab Bersatu dan Brazil. Rusia pula belum pun sampai tahap ujian klinikal ketiga," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan susulan laporan sesetengah negara telah memulakan proses diplomasi bagi pembelian vaksin berkenaan.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 di sini hari ini, berkata kerajaan belum mula membeli vaksin dan masih menggunakan diplomasi sains serta akses kepada negara yang boleh mengeluarkan vaksin berkenaan.
"Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berhubung dengan pihak pengeluar vaksin dan negara-negara yang sedang membangunkam vaksin berkenaan," katanya.
Mengenai saringan COVID-19 di pasar-pasar awam, Dr Adham berkata KKM telah membuat saringan terhadap peniaga di 464 pasar di seluruh negara yang melibatkan 36,919 sampel (swab) dengan 287 (0.8 peratus) daripadanya didapati positif COVID-19.
"Saya hendak maklumkan pemeriksaan di pasar awam dilaksanakan berterusan kerana ini tempat sesak dan sempit. Kita tidak mahu ada kes COVID-19 di pasar," kata Dr Adham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#COVID-19
#kesihatan
#Malaysia
#Menteri Kesihatan
#pandemik
#rawatan
#ujian klinikal
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan