awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah ARCC dari 21-23 Jan ini

Bernama
Bernama
11/01/2024
23:30 MYT
Malaysia tuan rumah ARCC dari 21-23 Jan ini
Kalbin Mohd Said, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan Jabatan Penjara Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tuan rumah Asean Regional Correctional Conference (ARCC) yang akan berlangsung di Akademi Koreksional Malaysia di Pulau Langkawi, Kedah pada 21 hingga 23 Jan ini.
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan Jabatan Penjara Malaysia Kalbin Mohd Said berkata persidangan yang akan disertai pegawai penjara negara-negara ASEAN dan organisasi antarabangsa itu, antaranya bagi membincangkan isu pemulihan para banduan.
Beliau berkata persidangan yang akan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail itu, selain menjadi platform perkongsian amalan terbaik sistem kepenjaraan, ia juga akan mengeratkan hubungan dua hala antara pengurusan penjara-penjara di ASEAN.
"Persidangan berkenaan juga merupakan asas penting bagi menggerakkan usaha pemulihan banduan serantau, sejajar dengan tema persidangan iaitu Transforming Correction.
"Selain itu, persidangan ini juga mengumpulkan pakar dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman, memperkukuhkan kerjasama dan pengurusan pemulihan," katanya dalam program Malaysia Petang Ini di Bernama TV, di sini, semalam.
Kalbin berkata bagi Jabatan Penjara Malaysia, pihaknya akan membentangkan 12 agenda antaranya mengenai pengurusan penjara, amalan pemulihan dan komuniti, serta aspek penstrukturan pemulihan.
"Menjelang persidangan itu nanti juga, Jabatan Penjara telah bersiap sedia dengan pelbagai program termasuk dari segi keperluan untuk menyambut delegasi dalam dan luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ARCC
#Jabatan Penjara Malaysia
#pemulihan banduan
#pegawai penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan