awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuan rumah Mesyuarat Majlis Antarabangsa perkasa bahasa Inggeris

Bernama
Bernama
25/09/2025
15:45 MYT
Malaysia tuan rumah Mesyuarat Majlis Antarabangsa perkasa bahasa Inggeris
Tunku Naquiah berkata, ICM merupakan perhimpunan tahunan cawangan ESU dari seluruh dunia yang dianjurkan di negara berbeza setiap tahun, dengan London menjadi tuan rumah sekali setiap empat tahun. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: English Speaking Union of Malaysia (ESUM) buat julung kalinya menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Antarabangsa (ICM) yang menghimpunkan wakil dari lebih 10 negara bagi membincangkan usaha memperkukuh peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa global.
Pengerusinya Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Ja'afar berkata mesyuarat yang berlangsung dari 29 Sept hingga 2 Okt itu akan disertai wakil dari negara termasuk Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Sri Lanka, Hong Kong, Mongolia, Bulgaria, Lithuania dan Pakistan.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan menjadi platform perkongsian idea dan ilmu dalam usaha mempromosikan bahasa Inggeris sebagai bahasa sejagat, khususnya dalam kalangan generasi muda memandangkan bahasa itu penting bagi membolehkan komunikasi dalam persekitaran global.
"Mesyuarat ini akan menampilkan perbincangan serta pengisian kemahiran debat, pengucapan awam dan program komunikasi dengan beberapa negara anggota turut membentangkan inisiatif masing-masing. Penganjuran ini juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-25 ESU Malaysia yang ditubuhkan pada 2000.
"Selain sesi perbincangan, delegasi akan dibawa melawat lokasi budaya dan warisan di Melaka dan Seremban, termasuk lawatan ke Galeri Tuanku Ja'afar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
ICM merupakan perhimpunan tahunan cawangan ESU dari seluruh dunia yang dianjurkan di negara berbeza setiap tahun, dengan London menjadi tuan rumah sekali setiap empat tahun.
ESU yang berpuast di London turut menganjurkan satu daripada pertandingan pengucapan awam terbesar di dunia untuk belia berusia 16 hingga 20 tahun, dengan Malaysia pernah melahirkan tiga juara dunia.
Dalam pada itu, Tunku Naquiah turut melahirkan kebimbangan terhadap penurunan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia sejak 1990-an, susulan perubahan dasar yang memberi keutamaan kepada bahasa Melayu di sekolah.
"Kita mesti memperkukuh bahasa kebangsaan namun pada masa sama kita tidak boleh mengabaikan bahasa Inggeris. Untuk berdiri setaraf di peringkat global dalam bidang ekonomi, sains dan lain-lain, penguasaan bahasa Inggeris amat penting," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di luar negara, namun lebih banyak usaha perlu digerakkan di peringkat pendidikan.
"Di England, pelajar diwajibkan mempelajari tiga bahasa termasuk bahasa Inggeris dan satu bahasa asing. Kita wajar mempertimbangkan pendekatan serupa supaya rakyat Malaysia dapat bersaing dengan lebih berkesan di pentas global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bidang ekonomi
#peringkat global
#bahasa Inggeris
#generasi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan